Skip to main content

Hiburan

Empat Hari Di Pawagam dan Tayangan Awal, KUDRAT 1968 Raih Kutipan RM12 Juta!

Empat Hari Di Pawagam dan Tayangan Awal, KUDRAT 1968 Raih Kutipan RM12 Juta!

Sekilas

  • Filem KUDRAT 1968: High Council berjaya meraih kutipan RM12 juta dalam masa empat hari tayangan rasmi sejak 29 Oktober lalu.
  • Filem ini menduduki tangga pertama carta GSC Top 10 dan mendapat sambutan hangat melalui acara Mega Fans Screening selama 12 jam di GSC IOI City Mall, Putrajaya.
  • Astro Shaw menghargai sokongan peminat yang kuat terhadap francais ini, yang menggabungkan siri premium dan filem layar lebar dalam satu penceritaan inovatif.
Advertisement

Filem KUDRAT 1968: High Council terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM12 juta menerusi tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi sejak mula menemui penonton pada 29 Oktober lalu.

Lebih membanggakan, filem itu turut menduduki tangga pertama carta GSC Top 10 sekali gus membuktikan sambutan positif penonton terhadap francais High Council.

Advertisement

Sambutan hangat itu turut diteruskan menerusi penganjuran Mega Fans Screening KUDRAT 1968 yang berlangsung selama 12 jam di GSC IOI City Mall, Putrajaya, pada 31 Oktober lalu.

Bermula jam 3 petang hingga 3 pagi, acara tersebut memberi peluang kepada peminat untuk bertemu barisan pelakon selain menyaksikan filem berkenaan bersama-sama.

Antara pelakon yang hadir ialah Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Evertts Gomes, Akmal Asyraf, Chech Harith, Zamarul Hisham, Yasmin Hani, Dato’ Eizlan Yusof, Aleza Shadan dan Rusdi Ramli.

Advertisement

Turut memeriahkan acara ialah Umar Shakur, Jebat Zulfar, Muzayyin, Mokhtar Mohsin, Fareez Nawawi, Danish Zamri, Amzar Airil, Merah dan Nix Wong serta pengarahnya, Zulaikha Zakaria.

Menariknya, barisan pelakon turut meluangkan masa mengunjungi beberapa dewan pawagam bagi menyantuni penonton yang hadir sehingga jam 3 pagi.

Dalam pada itu, Astro Shaw merakamkan penghargaan kepada seluruh penonton Malaysia atas sokongan yang diberikan terhadap francais KUDRAT, daripada kejayaan siri premium sehinggalah sambutan terhadap filem layar lebar.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, sambutan ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada kejayaan filem tersebut, malah membuktikan kemampuan karya tempatan untuk mencetuskan fenomena dan membina komuniti peminat yang kukuh.

“Sokongan padu daripada peminat sememangnya sangat luar biasa. KUDRAT 1968: High Council berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi tayangan awaldan empat hari tayangan rasmi, satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan sokongan hebat daripadapara peminat.

“Namun, kejayaan ini bukanlah sesuatu yang terhasil dalam sekelip mata. Semuanya bermula sejak Projek: High Council, apabila penonton mula membina hubungan yang kuat dengan cerita dan watak-wataknya.

“Sejak itu, peminat terus setia mengikuti perjalanan francais ini menerusi siri dan filem, berkongsi teori sertamengajak lebih ramai untuk turut sama menghayati dunia High Council.

“Pencapaian ini juga merupakan hasil dedikasi pasukan kreatif yang diterajui Zulaikha Zakaria bersama barisan pelakon, serta pasukan pemasaran yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghidupkan naskhah ini. Kami amat menghargai setiapindividu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,”katanya.

Menerusi pendekatan inovatif ‘One Story, Two Formats’, KUDRAT 1968 memperkenalkan pengalaman penceritaan yang menggabungkan empat episod siri premium dengan sebuah filem layar lebar. 

Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, filem ini menampilkan barisan pelakon termasuk Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith dan ramai lagi. 

KUDRAT 1968 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk perkembangan terkini tentang filem, ikuti akaun media sosial Astro Shaw.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement