Skip to main content

Hiburan

Erma Fatima Dedah Wajah Bakal Menantu - “Siapa Kacau, Saya…”

Erma Fatima

Sekilas

  • Erma Fatima berkongsi foto bersama bakal menantunya, Haziq, di Threads dengan gaya santai dan penuh gurauan.
  • Erma memberi amaran lucu kepada sesiapa yang cuba mengganggu bakal menantunya itu.
  • Majlis pertunangan anaknya, Nurain Sofea, yang berlangsung pada 18 Julai lalu, disiapkan sendiri oleh Erma termasuk dekorasi dan gubahan hantaran.
Advertisement

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima menyorot perhatian apabila memuat naik foto dirinya bersama bakal menantunya yang dikenali sebagai Haziq menerusi satu perkongsian di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Erma yang mengenakan busana berona hitam menghalakan jari telunjuknya ke arah Haziq yang dilihat begitu tampan mengenakan baju Melayu berwarna putih.

Advertisement

Lebih mencuri perhatian apabila pemilik nama Fatimah Rahmad Ali ini sempat berseloroh memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba mengganggu bakal menantunya itu.

“Nak bagitahu siap-siap. Ini bakal menantu saya.

“Siapaberani kacau, saya pukui na,” seloroh Erma.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur sambil menzahirkan ucapan tahniah buat Erma atas pertunangan anaknya yang bernama Nurain Sofea itu.

Terdahulu, meluahkan rasa teruja menjelang majlis pertunangan anaknya, Norain Sofea yang berlangsung pada 18 Julai lalu.

Kongsi Erma, segala persiapan majlis seperti dekorasi dan gubahan hantaran telah dilakukan sendiri demi majlis pertunangan anaknya itu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement