Skip to main content

Selebriti

Farah Ahmad Dedah Makna Dialog Ibu & Anak Dalam Persembahan Tiwikarma - “Ada Yang Mencari, Bertanya…”

Farah Ahmad Dedah Makna Dialog Ibu & Anak Dalam Persembahan Tiwikarma - “Ada Yang Mencari, Bertanya…”

Sekilas

  • Kumpulan K.O.I mencuri perhatian di AJL Ke-40 dengan persembahan lagu Tiwikarma yang dramatik dan sarat emosi serta mesej kemanusiaan yang kuat.
  • Pelakon Farah Ahmad berkongsi makna dialog ayat bahasa asing yang disampaikan dalam persembahan itu, menggambarkan keberanian, ketakutan, dan pengorbanan demi tanah air.
  • Persembahan Tiwikarma terus mendapat reaksi positif netizen dan K.O.I dinobatkan sebagai pemenang AJL 40 melalui lagu tersebut.
Advertisement

Persembahan kumpulan K.O.I menerusi lagu Tiwikarma di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 masih hangat diperkatakan netizen.

Bukan sekadar menyajikan persembahan, K.O.I tampil dengan pendekatan dramatik, teatrikal dan sarat emosi, selain mengetengahkan mesej kemanusiaan yang cukup kuat.

Advertisement

Antara momen yang paling mencuri perhatian adalah dialog di pertengahan persembahan yang disampaikan oleh pelakon, Farah Ahmad dalam bahasa asing, sekali gus menambahkan lagi elemen emosi terhadap persembahan berkenaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Farah mendedahkan makna di sebalik ayat yang dilafazkan ketika menjayakan persembahan tersebut.

“Korang nak tahu makna kan bebelit-belit lidah ni kan? Sebab ada yang mencari bertanya makna ayat kami berdua dalam Tiwikarma lagu K.O.I untuk AJL 40  ni kan.

Advertisement

“Kita ringkaskan ringkaskan makna dia ya lebih kurang. Selamat menghayati,” tulisnya.

Menurut Farah, dialog yang disampaikan antara watak ibu dan anak itu membawa maksud tentang keberanian, ketakutan serta pengorbanan demi tanah air.

“Makna secara ringkas dialog anak dan mak.

“Sebenarnya saya ada rasa takut sedikit, tapi saya tak takut dengan tentera dan saya tak takut pada sesiapa pun melainkan Allah, Allah melindungi kami.

“Kalau saya mati syahid, saya nak mati syahid di tanah air saya, kalau saya pergi keluar, saya kan tetap mati disana

“Saya lebih rela mati disini, sebagai syuhada yang berada disisi Tuhan seluruh alam,” kongsinya.

Sehingga kini, persembahan K.O.I menerusi Tiwikarma terus menerima reaksi positif daripada netizen.

Malah, rata-rata mereka mengakui kembali menonton persembahan tersebut berulang kali dan tidak pernah berasa bosan untuk menghayatinya.

Untuk info, K.O.I dinobatkan sebagai pemenang AJL 40 menerusi karya Tiwikarma.

Tiwikarma merupakan hasil ciptaan komposer Zai Hamzah dan Hemo Globin dengan lirik oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement