Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Anggap Suami Minta Sediakan Bekal Bukan Beban - “Tak Susah Pun Nak Buat, Husband Kena Pandai…”

Fazley Yaakob Anggap Suami Minta Sediakan Bekal  Bukan Beban - “Tak Susah Pun Nak Buat, Husband Kena Pandai…”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob anggap permintaan suami untuk isteri sediakan bekal makanan seperti cekodok pisang adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan boleh jadi peluang isteri dapat pahala.
  • Fazley menegaskan suami juga perlu membantu dan ambil hati isteri supaya urusan menyediakan bekal ke pejabat dapat dilakukan bersama-sama.
  • Fazley turut berkongsi resipi mudah cekodok pisang dan mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangannya.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan permintaan suami untuk isteri menyediakan bekal makanan sebagai sesuatu yang tidak keterlaluan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley berkata, permintaan menyediakan makanan yang mudah di masak seperti cekodok pisang juga boleh menjadi satu peluang buat isteri meraih pahala.

Advertisement

“Kalau betullah husband request bekalkan cekodok hari hari, memang senang lah si isteri nak dapat pahala.

“Tak susah pun nak buat, melainkan husband request Beef Wellington atau French Butter Croissant lah kan?” coretnya.

Bagaimanapun, Fazley menegaskan suami juga perlu memainkan peranan dengan membantu dan mengambil hati isteri agar urusan menyediakan bekal ke pejabat dapat dilakukan bersama.

Malah, Fazley juga turut berkongsi resipi penyediaan cekodok pisang yang mudah.

“Cumanya, husband kenalah pandai ambil hati isteri jugak, hari hari siapkan dulu, enam biji pisang masak, dua cawan tepung gandum, tiga sudu besar gula, garam sikit, satu sudu teh baking soda, minyak jangan lupa ya?

“Barulah sama-sama sweet! Suami siapkan bahan, isteri bancuh, goreng dan bekalkan,” tulisnya.

Perkongsian Fazley itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataannya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement