Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Kongsi Ciri Wanita Idaman, Gadis Kelantan Jadi Pilihan - “Suka Yang Putih, Kalau Boleh Orang Biasa”

Fazley suka orang Kelantan

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi bahawa wanita dari Pantai Timur, khususnya Kelantan, menjadi pilihan hatinya kerana wajah yang menawan dan kulit yang putih comel dengan sedikit berisi.
  • Fazley lebih suka memilih pasangan wanita biasa berbanding selebriti dan menegaskan pentingnya ciri-ciri fizikal seperti kulit putih dan berisi sedikit.
  • Fazley pernah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata yang kini berada di bawah jagaan bersama selepas perpisahan mereka pada Oktober 2024.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkongsi ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hati andai kata ditakdirkan bertemu jodoh dan berkahwin sekali lagi pada masa hadapan.

Menerusi perkongsian di Instagram Molek fm, Fazley berkata wanita dari Pantai Timur khususnya Kelantan antara mencuri perhatiannya kerana memiliki raut wajah yang menawan.

“Sejujurnya saya ada travel pergi Terengganu, Kelantan, saya suka gadis gadis yang agak putih putih ni, jadi orang Kelantan mungkin jadi pilihan.

“Tak tahulah mungkin jiwa saya daripada kecil tu saya memang banyak travel ke luar negara. Jadi bila tengok di Malaysia, yang paling dekat macam Mat Salleh ni banyak wanita Kelantan lah sebenarnya.

“Putih comel tapi tak boleh kurus sangat, kena berisi sikit,” katanya ketika ditemu bual oleh penyampai radio.

Dalam pada itu, Fazley juga turut berkongsi momen ketika bertemu kenalan dari media sosial yang rupa sebenarnya jauh berbeza daripada gambar.

“Adalah juga hari itu berkawan dengan orang Pantai Timur tapi gambar dia dari Instagram dengan berjumpa, lain.

“Dah jumpa depan-depan sampai saya tak kenal. Saya kata saya cari orang, dia kata sayalah orangnya,” ujarnya.

Mengulas mengenai soal pasangan pula, Fazley berkata dia lebih cenderung memilih wanita biasa berbanding selebriti.

“Saya kalau boleh orang biasa, selebriti itu pilihan nombor dua. Saya nak orang yang bulan dalam line saya.

“Kalau boleh dia punya kulit tu penting putih dan dia perlu ada isi sedikit tak boleh kurus sangat,” kongsinya.

Untuk rekod, Fazley pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006, namun berpisah pada Oktober 2024 selepas 18 tahun bersama.

Hasıl perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, Ahmad Fierudz Shah, 15, dan Alayna Selma, 9 tahun yang kini berada di bawah jagaan bersama.

Must-Watch Video

Advertisement