Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Mohon Henti Banding Artis Senior Dengan Zaman Muda - “Be nice, Buat Konsert Tak Senang, Bukan Macam Masak Ayam Gepuk”

Fazley tegur netizen

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menyeru netizen supaya berhenti membuat perbandingan keterlaluan terhadap artis senior yang kembali membuat persembahan atau konsert.
  • Fazley menegaskan agar orang ramai menghargai usaha artis lama yang masih bersemangat menghiburkan peminat tanpa membandingkan suara, rupa, atau fizikal mereka dengan masa muda.
  • Fazley juga menjelaskan bahawa penganjuran konsert memerlukan persiapan dan komitmen tinggi, bukan sesuatu yang mudah seperti memasak makanan.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berharap netizen berhenti membuat perbandingan bersifat keterlaluan terhadap artis-artis senior yang kembali membuat persembahan atau konsert.

Fazley menerusi hantaran di platform Threads berkata adalah lebih manis sekiranya mereka diraikan berbanding membuat perbandingan dari segi suara, rupa mahupun fizikal mereka ketika muda.

Advertisement

Malah kata Fazley, setiap artis yang kembali ke pentas hiburan selepas sekian lama wajar diberikan sokongan dan penghargaan atas usaha mereka untuk terus menghiburkan peminat.

“Bila ada penyanyi penyanyi senior atau lama kembali buat concert, tak perlulah kita bandingkan suara, rupa serta fizikal mereka dengan masa diorang muda dahulu.

“Just enjoy the show, appreciate yang mereka masih sudi berusaha hiburkan kita semula. Yang ada expiry date tu makanan! Insan seni dan karya tak ada!” luahnya.

Advertisement

Fazley turut menegaskan bahawa industri seni bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan, apatah lagi apabila melibatkan penganjuran konsert berskala besar yang memerlukan persiapan rapi dari pelbagai aspek.

Menurutnya, orang ramai sering melihat persembahan di atas pentas sebagai sesuatu yang ringkas.

Namun tidak ramai yang tahu di belakang tabir sebenarnya terdapat usaha berbulan-bulan yang memerlukan tenaga, perancangan dan komitmen tinggi daripada banyak pihak.

“Be nice guys, nak buat concert bukan senang, bukan macam masak ayam gepuk. Banyak benda nak prepare tapi bila makan 5 minit je settle.

“Nak prepare untuk concert susah, nak habiskan concert tu lagi banyak effort!” tegasnya.

Sumber: Threads @fazleyyaakob

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement