Skip to main content

Hiburan

Fazley Yaakob Nasihat Jangan Jadikan Pergaduhan Suami Isteri Sebagai Konten Di Media Sosial - "Ada Juga Yang Seronok Tengok Korang Berbalah..."

Astro Gempak 226

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menasihatkan pasangan suami isteri supaya tidak menjadikan perbalahan rumah tangga sebagai bahan konten di media sosial.
  • Beliau mengingatkan agar isu peribadi tidak dijadikan tontonan umum kerana ia boleh disalahgunakan oleh pelbagai golongan netizen.
  • Fazley menegaskan pentingnya berfikir masak-masak sebelum memuat naik kandungan berkaitan hubungan suami isteri untuk elak kesan negatif lebih besar.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan pesanan agar pasangan suami isteri tidak menjadikan perbalahan rumah tangga sebagai bahan konten di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menitipkan nasihat supaya isu peribadi tidak dijadikan tontonan umum demi meraih perhatian.

Advertisement
VDFV

“Sekadar pesanan pedas-pedas manja, kalau boleh elakkan daripada gunakan perbalahan hubungan suami isteri sebagai content.

“Yang membaca tu pelbagai golongan, ada yang bawah umur, ada yang cerdik pandai, ada yang tak berapa bijak, ada yang jadikan point untuk bergaduh sesama pasangan sendiri, ada juga yang seronok tengok korang berbalah dan ambil peluang untuk bisik ‘padan muka’,” tulisnya.

Tambahnya lagi, setiap perkongsian perlu difikirkan sebaiknya sebelum dimuat naik agar tidak mengundang kesan negatif yang lebih besar.

“Fikirlah masak-masak sebelum upload content perihal suami isteri ya sebelum netizen seronok menggoreng korang sampai hangit,” katanya.


Sumber: Threads
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement