Skip to main content

Hiburan

FFM35: Bersaing Dengan Pelakon Senior, Zara Zhaff Tak Sangka Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - “Alhamdulillah Rezeki Saya…”

FFM35: Bersaing Dengan Pelakon Senior, Zara Zhaff Tak Sangka Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - “Alhamdulillah Rezeki Saya…”

Sekilas

  • Pelakon kanak-kanak Zara Zhaff menang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM35 menerusi filem Khadam.
  • Zara, 14 tahun, tidak menyangka dapat kalahkan pelakon senior dan menganggap kemenangan itu bukti populariti bukan penentu utama.
  • Filem Khadam juga dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan membawa pulang sembilan trofi termasuk Anugerah Khas Juri.
Advertisement

Pelakon kanak-kanak Zara Zhaff tidak menyangka lakonannya dalam filem Khadam membawanya meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Istana Budaya, malam tadi.

Zara atau nama sebenarnya Ezarra Nurzhaffira, 14,  berkata, dia tidak menjangkakan kemenangan kerana bersaing dengan barisan pelakon senior yang berbakat.

“Secara jujurnya, saya tak sangka akan menang malam ini sebab pesaing saya semuanya pelakon senior dan pelakon berbakat.

“Tapi alhamdulillah, rezeki saya malam ini dapat pegang trofi buat kali pertama. Saya sangat gembira,” katanya ketika ditemui media.

Zara turut mengakui pengiktirafan itu membuatkannya lebih menyedari kebolehan dirinya dalam bidang lakonan.

“Saya tak sangka boleh kalahkan pelakon senior dan pelakon berbakat. Saya sendiri pun tak tahu Saya berbakat macam itu,” ujarnya.

Mengulas pemilihan juri, Zara menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti bahawa populariti bukan penentu seseorang pelakon membawa pulang trofi.

“Saya sangat gembira sebab dapat membuka mata juri bahawa populariti sebenarnya bukan kunci kemenangan.

“Sebab saya rasa, kalau populariti atau nama yang menentukan kemenangan, pelakon senior mesti akan menang sebab mereka dah ada nama dan dah lama dalam industri,” katanya.

Zara mengatasi empat finalis lain iaitu Sofia Jane (Malam Terlarang), Sara Ali (Libang Libu), Pearlly Chua (Mother Bhumi) dan Azira Shafinaz (Tarung: Unforgiven).

Khadam turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan membawa pulang sembilan trofi keseluruhan, termasuk Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada pelakon Indonesia, Aghniny Haque.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement