Skip to main content

Filem

Filem Perang Bersejarah, Peluru Senja Hidupkan Kembali Suasana Tanah Melayu 1948

Filem Perang Bersejarah, Peluru Senja Hidupkan Kembali Suasana Tanah Melayu 1948

Sekilas

  • Filem drama perang fiksyen sejarah, Peluru Senja, diinspirasikan daripada peristiwa sebenar di Tanah Melayu tahun 1948 dan diarahkan oleh Anshul Tiwari dengan kerjasama produksi dari pelbagai negara.
  • Penggambaran filem ini melibatkan penyelidikan terperinci untuk memastikan ketepatan sejarah, termasuk pembinaan set dan kostum yang sesuai dengan era tersebut.
  • Peluru Senja akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam Malaysia bermula 28 Ogos 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan, menampilkan tema kelangsungan hidup dan trauma peperangan.
Advertisement

Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun), merupakan sebuah karya fiksyen yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1948.

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari dan menghimpunkan barisan pelakon serta tenaga produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom serta Amerika Syarikat.

Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia.

Advertisement

Menurut Tiwari, meskipun Peluru Senja merupakan karya fiksyen sejarah yang diilhamkan daripada peristiwa pada era tersebut namun penting untuk penceritaannya kekal berlandaskan penyelidikan sejarah, selain mengetengahkan perspektif Asia yang jarang dipaparkan di layar perak.

“Latar belakang saya dalam pembikinan dokumentari menjadikan ketepatan sejarah sebagai antara perkara paling penting dalam menghasilkan filem ini.

“Setiap perincian perlu bersandarkan fakta bagi menghormati sensitiviti sejarah Tanah Melayu, tanpa membiarkan kebebasan kreatif memesongkan sejarah,” katanya.

Menariknya lagi tentang filem ini adalah usaha untuk menghidupkan semula suasana Tanah Melayu pada tahun 1948 dilakukan dengan penyelidikan terperinci, termasuk lawatan ke muzium perang dan galeri nasional bagi meneliti artifak serta rujukan visual daripada era berkenaan.

Pihak produksi turut membina set perkampungan dan kem pemberontak, selain memastikan kostum, senjata serta elemen produksi lain selari dengan latar zaman yang digambarkan.

Pada masa sama, barisan pembikin filem mahu Peluru Senja melangkaui persepsi konvensional terhadap filem sejarah dengan mengetengahkan penceritaan pantas, penuh ketegangan dan skala sinematik sebuah thriller aksi kontemporari.

Peluru Senja dibintangi pelakon Malaysia, Hazman Al-Idrus dan Fabian Loo bersama Asmara Abigail (Indonesia) serta pelakon Amerika Syarikat, Brett Tutor, selain disokong barisan pelakon antarabangsa seperti Zidan El Hafiz, Lupeng Rashid, Nobuyuki Suzuki dan Indra Pacique.

Penggambaran Peluru Senja turut menuntut ketahanan fizikal yang tinggi daripada barisan pelakon dan kru apabila mereka berdepan cuaca tidak menentu, lokasi mencabar di Bali, Indonesia serta babak aksi intensif sepanjang proses produksi.

Pengarah MSK Cinemas Sdn Bhd, Saratah Sivalingam berkata, pihaknya berbesar hati membawa Peluru Senja kepada penonton di Malaysia, sambil menyifatkan latar ceritanya di Tanah Melayu, kekuatan emosi serta nilai produksi filem berkenaan sebagai antara elemen yang wajar dinikmati di layar lebar.

MSK Cinemas menyokong tayangan filem tersebut menerusi kempen pemasaran dan promosi di Malaysia. Peluru Senja (The Ghost & the Gun) akan ditayangkan secara eksklusif bersempena sambutan Hari Kebangsaan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026.

 

Sinopsis:


Berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948, Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur

Dibayangi trauma peperangan, kedua-duanya terpaksa mengetepikan perbezaan apabila sebuah perkampungan berdepan ancaman kumpulan bersenjata.

Di sebalik latar peperangan, Peluru Senja turut menyelami kesan konflik terhadap manusia menerusi tema kelangsungan hidup, kehilangan, pengorbanan, trauma serta pilihan sukar yang terpaksa dibuat dalam zaman penuh pergolakan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement