Skip to main content

Hiburan

Fizi Ali Kongsi Momen Sedih Ketika Tunai Umrah, Isteri Uzur Tak Dapat Buat Tawaf - “Menangis Dia…”

Fizi Ali

Sekilas

  • Fizi Ali berkongsi pengalaman isteri, Siti Zulaikha, yang uzur beberapa hari sebelum tawaf semasa menunaikan umrah.
  • Seorang hamba Allah memberi petua rendam kayu sugi dalam air zamzam untuk mempercepatkan tempoh uzur, yang akhirnya membantu isteri Fizi.
  • Walaupun awalnya sedih tidak dapat tawaf, Siti Zulaikha akhirnya gembira dapat melakukannya keesokan harinya bersama keluarga.

Penyampai radio Fizi Ali berkongsi momen sedih isterinya iaitu Siti Zulaikha yang datang bulan atau uzur  beberapa hari sebelum mahu melakukan tawaf semasa tunai umrah. 

 

Berkongsi di Instagram, Fizi memberitahu isterinya yang dipanggil sebagai mamatiz menangis kerana tidak dapat melakukannya. 

 

“Umrah kami banyak cerita sebenarnya... tapi kongsikan sikit la fasal tawaf. Nak jadikan cerita mamatiz uzur beberapa hari sebelum nak buat tawaf.

 

“Menangis dia tak dapat nak buat mula-mula. Nak jadikan cerita lagi terjumpa seorang hamba Allah dekat Madinah sebelum nak berangkat ke Mekah.

 

“Dia bagi petua nak cepat habiskan uzur tu rendam kayu sugi dalam air zam zam semalaman lepast iu niat dan tawakal,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fizi berkata disebabkan isteri masih uzur ketika sampai di Mekah, dia hanya membawa anaknya, Damia dan keluarga untuk melakukan tawaf. 
 

Bagaimanapun, Fizi meluahkan rasa syukur apabila akhirnya isterinya gembira kerana dapat melakukannya keesokkan hari.  

 

“Sampai saja di Mekah mamatiz masih tak kering lagi… mematiz sedih lagi sekali tak dapat ikut serta untuk tawaf di Mekah.

 

“Jadi daddy bawa la Damia anak pertama dan keluarga… masa balik muka mamatiz sedih saja. Tak apa kita ikhtiar dan doa banyak-banyak supaya cepat kering jadi mamatiz boleh buat.

 

“Alhamdulillah esoknya betul-betul kering... happy betul mamatiz terus ajak daddy dan Ameena pergi. Selesai umrah untuk kami sekeluarga.

 

“Apa-apa pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat ustaz @rinduharamain18 !!Banyak tunjuk ajar kami... InsyaAllah ada rezeki nak kembali lagi kesini,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement