Skip to main content

Filem

The Furious: Karakter Poster Ikmal Amry Buat Ramai Gerun, Senyuman Danial Dilabel Jahat - “Macam Joker, Serious!”

Ikmal Amry The Furious

Sekilas

  • Pelakon Ikmal Amry menarik perhatian netizen dengan poster lakonannya sebagai Danial dalam filem The Furious: Pertarungan Maruah yang memaparkan senyuman ‘devilish’ dan aksi bertinju.
  • Kapsyen Ikmal yang mencabar watak lain dalam filem itu turut mencuri tumpuan netizen yang tidak sabar menantikan tayangan filem tersebut.
  • Filem arahan Heng Aik Siong ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026 dan turut menampilkan Zul Ariffin, Sky Iskandar, Marisa Yasmin serta Zamarul Hisham.
Advertisement

Pelakon, Ikmal Amry menarik perhatian netizen selepas berkongsi karakter poster lakonannya untuk filem The Furious: Pertarungan Maruah.

Memegang watak sebagai Danial, karakter poster itu merakamkan Ikmal seolah-olah sedang bertinju dan mempunyai sedikit luka di bahagian bawah matanya.

Advertisement

Namun apa yang membuatkan netizen tertarik adalah foto yang merakamkan senyuman Ikmal yang agak ‘menggerunkan’ sehingga dilabel sebagai ‘devilish smile’ atau senyuman yang mempunyai muslihat jahat.

Tidak hanya poster, kapsyen yang ditulis Ikmal juga turut mencuri perhatian.

“Bagitahu anak-anak Abdul Hamid! Kalau berani hadap aku! Aku tunggu 28 Mei ni!” coretnya.




Bagaimanapun di ruangan komen, rakan selebriti dan netizen juga menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut selepas melihat poster karakter Ikmal.

Selain Ikmal, filem arahan Heng Aik Siong itu turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Sky Iskandar, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan filem yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement