Skip to main content

Selebriti

The Furious: Sky Iskandar Tak Sangka Beremosi Dalam Babak Bersama Zul Ariffin - “Dah Baca Skrip, Ingatkan Tak Menangis…”

Sky Iskandar The Furious

Sekilas

  • Pelakon Sky Iskandar mengakui dia tidak sangka boleh menangis ketika penggambaran filem The Furious: Pertaruhan Maruah bersama Zul Ariffin.
  • Sky berpuas hati dengan hasil filem yang penuh komitmen dan pengorbanan daripada seluruh tenaga produksi.
  • Filem arahan Heng Aik Siong ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Mei 2026.

Pelakon utama filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah, Sky Iskandar mengakui dia tidak menyangka dirinya terbawa dengan emosi sehingga mengalirkan air mata ketika menjalani penggambaran salah satu babak bersama aktor hebat, Zul Ariffin.

Menurut Sky, walaupun pada awalnya dia sudah membaca skrip dan merasakan dirinya mampu mengawal emosi namun situasi sebenar di lokasi penggambaran ternyata berbeza apabila dia benar-benar tersentuh dengan babak berkenaan.

“Saya tak sangka untuk menangis dalam sebahagian babak dengan Zul Ariffin sebab saya dah baca skrip jadi saya ingat tak menangis.

“Tapi lain pula jadinya bila ada bahagian satu babak itu membuatkan saya menangis,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai filem, Sky berkata dia berpuas hati dengan keseluruhan hasil yang disifatkan sebagai sebuah naskhah penuh komitmen dan pengorbanan daripada seluruh tenaga produksi.

Katanya, peluang untuk bekerja bersama barisan pelakon dan produksi The Furious: Pertaruhan Maruah menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat dirinya.

“Saya juga berasa sangat bangga dengan apa yang telah ditunjukkan oleh filem ini. Begitu banyak kerja keras, latihan, dedikasi dan pertarungan yang kami lalui sepanjang sesi latihan serta pra-produksi.

“Dan saya rasa ini adalah sesuatu yang boleh kami banggakan,” jelasnya.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Must Watch Video

Advertisement