Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Elaine Kang Mohon Maaf Jika Terpaksa Tarik Diri - “Sebenarnya Saya Mahu…”

Elaine Kang

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang akui berkemungkinan menarik diri daripada program tersebut atas faktor kesihatan. 

Menurut Elaine, keputusan menyertai GV12 pada awalnya hanya sekadar mahu membuat satu episod sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sudah lama merindui kemunculannya. 

“Sebenarnya saya mahu buat satu episode sahaja kerana saya tahu ada yang merindui kehadiran saya dalam industri sebab itu saya menyertai Gegar Vaganza. Saya ada masalah kesihatan iaitu jantung dan beberapa lagi masalah lain tapi kalau boleh saya tak mahu ulas, biar saya sahaja yang tahu. 

“Meskipun kesihatan saya tidak berapa baik tapi saya cuba berikan yang terbaik setiap kali buat persembahan. Doktor juga datang setiap minggu untuk memantau keadaan saya di sini,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, menurut Elaine segala keputusan bergantung kepada keadaan kesihatan dan juga nasihat yang diberikan oleh doktor. 

“Saya kena bincang dengan doktor terlebih dahulu. Dalam Gegar Vaganza ini dibelakang pentas semua ibarat satu keluarga tiada siapa yang mahu melihat sesiapa pulang. 

“Tetapi saya nak minta maaf kalau minggu depan saya mungkin terpaksa menarik diri daripada GV dan saya nak ucap terima kasih kepada semua atas sokongan dan terima saya sebagai seorang penyanyi,” tambahnya. 

Must-Watch Video

Advertisement