Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12, Nubhan akui tidak berkecil hati dengan gurauaan hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad berkenaan isu pencerainnya bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, dia tidak mahu memikirkan soal gurauan tersebut dan memilih untuk memberi fokus kepada persembahannya.
Advertisement
“Susah saya nak cakap sebab dia bergantung pada penerimaan orang. Saya harap penerimaan orang tidak negatif saya cuma mahu fokus.
“Sebenarnya bila saya dekat belakang stage tu, saya dah blank. Otak saya macam tak berfungsi, a few second tu memang saya blur dan saya tak tahu apa yang mereka buat kat depan semua. Saya hanya nak sampaikan lagu saya dengan baik sahaja,” katanya.
Dalam masa sama, Nubhan menegaskan bahawa dia tidak membaca komen atau reaksi di media sosial selepas persembahan kerana tidak mahu perkara negatif menjejaskan fokus dan emosinya.
“Saya tak baca komen, sebab keutamaan saya adalah pada diri saya, persembahan dan Gegar Vaganza. Saya tak nak ada anasir-anasir lain menganggu saya. Perkara-perkara ini tak sepatutnya diberikan perhatian dan menggangu fokus persembahan dan mental.
“Mungkin ada orang dia boleh hadam benda itu tapi bukan saya, lebih baik saya fokus untuk melakukan persembahan terbaik kerana dalam banyak-banyak perkara yang terjadi masih ada orang yang menyokong jadi lebih baik saya fikir soal persembahan saya.
“Saya memang tak baca komen, kita nak cari apa dekat komen tu pujian? Kita tak hidup dek puji.
Kita nak cari cacian kita tak mati dek keji. Kita kena tahu apa kita punya kekuatan, kelemahan agar kita boleh berikan yang terbaik,” tambahnya.