Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Syafinaz Selamat Nafi Cuba Sentuh Isu Peribadi Nubhan Dalam Komen - “Manusia Zaman Sekarang Janganlah Terlalu…”

Syafinaz

Juri tetap Gegar Vaganza musim 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat nafi cuba menyentuh atau mengaitkan isu peribadi penyanyi, Nubhan ketika memberikan komen terhadap persembahannya. 

Menurut Syafinaz, setiap komen yang dilontarkan bukan bertujuan menghina atau menjatuhkan mana-mana peserta sebaliknya sebagai panduan untuk membantu penyanyi menghayati lagu dengan lebih berkesan.

“Bila saya menyentuh sesuatu bukan sebab saya nak menghina atau cakap sebab suka-suka. Saya cakap juga banyak kali bila kita menyanyi kita kena cuba untuk kaitkan kisah kita dengan lagu dan lirik itu. Kerana itu yang akan beri kita nyawa bila kita menyanyi. 

“Ia ibarat kita bercertia tentang kita, dan pada saya sebenarnya saya nak memberi pujian kepada Nubhan sebab dia dapat menyampaikan lagu itu dengan baik dan emosi dia sampai dengan lagu tersebut,” katanya. 

Berhubung soalan yang diajukan kepada Nubhan sama ada persembahan tersebut berdasarkan kisah sebenar, Syafinaz menjelaskan ia bukan satu perkara yang wajar diperbesarkan.

Dalam pada itu, Syafinaz turut menegur sikap segelintir pihak yang mudah tersinggung dengan pandangan atau kritikan membina.

“Sebab itu saya tanya sama ada ia berdasarkan cerita sebenar. Pada saya, itu bukan satu masalah. Manusia zaman sekarang janganlah terlalu over sensitive. Kita hidup kalau terlalu sensitif, susah. Hidup ini memang tough. Saya dah hidup lebih 52 tahun, macam-macam dah lalui. Kalau semua perkara nak dianggap menjatuhkan atau memalukan, memang susah nak hidup. 

“Matlamat kami bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Kami nak penonton faham kenapa juri bercakap perkara tertentu. Ia bukan suka-suka. Sebenarnya nak puji, nak puji pun,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement