Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Nubhan bukan mudah untuknya menghadapi pelbagai cabaran dalam satu masa lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Bagaimanapun, Nubhan atau nama lengkapnya, Ahmad Nubhan Ahamad, memilih untuk kekal fokus dan berikan yang terbaik sepanjang berada di pentas GV12.
“Saya nak cakap ini bukan perkara mudah buat saya sebab ia datang serentak. Tapi saya harus beri fokus dengan kehidupan saya dan juga Gegar Vaganza. Ini fokus dalam hidup saya sekarang sebab GV bukan perkara main-main.
“Bila perkara ini jadi serentak saya perlu kuatkan mental saya dan kena move on, saya perlu teruskan perjuangan saya dan tidak boleh untuk jadikan apa yang berlaku sekarang sebagai satu alasan atau penghalang kerana menyanyi juga adalah sebahagian hidup dan karier saya,” katanya kepada Gempak.
Tambah Nubhan, penyertaannya dalam GV12 merupakan satu peluang besar selepas sekian lama tidak aktif menyanyi, dan dia mahu menggunakan peluang tersebut untuk membuktikan kemampuan dirinya semula.
“Saya dah lama tak menyanyi, jadi bila masuk Gegar Vaganza ini adalah satu peluang yang baik untuk saya dan saya tak rasa saya perlu lepaskan peluang ini. Bila mereka pilih saya, ia rasa macam kita dihargai.
“Tahun lepas saya ada pergi audition tapi belum rezeki jadi bila dapat tahun ini apa salahnya saya mencuba,” tambahnya.
Untuk rekod, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada isterinya, Afifah, pada tahun 2017 ketika wanita itu sedang hamil enam bulan anak pertama mereka.
Namun, pasangan ini kembali rujuk, meskipun lafaz talak dan rujuk tersebut tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Baru-baru ini, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk, serta lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Advertisement
Sebagai info, Nubhan dan Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun).