Skip to main content

Hollywood

Gigi Hadid Mual Namanya Dikaitkan Dengan Skandal Fail Jeffrey Epstein

Astro Gempak gigi (1)

Sekilas

  • Gigi Hadid akhirnya buka mulut mengenai namanya dan kakaknya, Bella, yang disebut dalam dokumen skandal Jeffrey Epstein.
  • Gigi menegaskan dia dan Bella berjaya kerana usaha sendiri sejak mula kontrak dengan agensi model pada 2012, bukan kerana bantuan bapanya.
  • Model itu menafikan sebarang kaitan dengan Epstein dan menyatakan dokumen tersebut membuatnya berasa mual serta mengganggu.

Model terkenal, Gigi Hadid akhirnya berbicara mengenai namanya dan kakak, Bella yang turut terseret dalam skandal keji Jeffrey Epstein.

Diketahui sebelum ini nama Gigi dan Bella disebut dalam dokumen Epstein yang mengejutkan dunia. Menerusi dokumen yang didedahkan pihak Kehakiman Amerika Syarikat, Epstein pada Disember 2015 berbicara tentang kerjaya Gigi dan Bella yang dilihat sangat sukses pada waktu itu.

Epstein antaranya berbicara dengan seorang individu mendakwa kerjaya kedua beradik itu sukses kerana mereka ‘mengikut arahan yang betul’, bukan kerana bapanya membayar agensi model seperti yang didakwa.

Selepas beberapa bulan dokumen tersebut didedahkan, Gigi akhirnya menjawab persoalan peminat yang mengaku tidak lagi mengikutinya di media sosial kerana sikap berdiam diri terhadap kontroversi tersebut.

Gigi menjawab persoalan yang ditanya di akaun media sosialnya dengan mengatakan dokumen-dokumen Epstein membuat dirinya berasa mual.

“Dokumen-dokumen tersebut membuat saya mual, terutama membaca ia dalam konteks sebegini (buruk). Apa lagi untuk membaca sesuatu tentang anda yang dibicarakan oleh individu yang tidak pernah anda kenal,” katanya seperti dilaporkan E!News.

Model itu juga menulis: “Saya tidak melayan atau membalas semua pertuduhan kerana tidak mahu menjadi mangsa.

“Tapi komen anda membuat saya tersedar ada sesuatu yang tidak jelas dan saya fikir ia sangat penting untuk anda tahu itu (dirinya tidak terlibat).”

Mantan pasangan Zayn Malik itu juga memberitahu sejak mengikat kontrak dengan agensi model pada tahun 2012, dia dan kakaknya bekerja keras selain dipantau ketat oleh kedua orang tuanya.

“Saya sangat bekerja keras dan apabila nama dikaitkan dalam dokumen itu dan saya waktu itu berusia sekitar 20 atau 21, membaca emel yang ditulis sedemikian rupa, ia sangat menganggu.

“Dengan ini saya ingin menegaskan tidak pernah terlibat dengan manusia keji itu,” katanya.

Epstein adalah seorang sosialit yang menjadi penjenayah seks berprofil tinggi sebelum ditemui maut dalam penjara pada tahun 2019.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Must-Watch Video

Advertisement