Skip to main content

Hiburan

“The Golden Voice” - Aweera Puji Persembahan Aina Abdul Nyanyi Romancinta

Astrogempak AINA ABDUL

Sekilas

  • Aweera memuji persembahan Aina Abdul yang menyanyikan lagu Romancinta di Konsert CIMB Moving KL Forward: Kita Bagi Jadi - At The Park.
  • Aweera menyifatkan Aina Abdul sebagai "suara emas" menerusi hantaran di Instagram.
  • Peminat bersetuju Aina berjaya membawa lagu itu dengan penghayatan tersendiri dan versi nyanyiannya dianggap antara yang terbaik.
Advertisement

Penyanyi, Aweera memuji persembahan penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang mendendangkan lagu Romancinta ketika tampil di Konsert CIMB Moving KL Forward: Kita Bagi Jadi - At The Park pada Sabtu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aweera dilihat berkongsi video nyanyian Aina dan menyifatkan pelantun lagu Berjauhan itu sebagai suara emas.

Advertisement

“The golden voice.. the one and only Aina Abdul,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju bahawa Aina berjaya membawa lagu Romancinta dengan penuh penghayatan dan versinya tersendiri.

Malah, ada juga yang menyifatkan versi nyanyian Aina sebagai antara versi terbaik selepas nyanyian asal oleh Mojo dan Caliph Buskers.

“Mmg padu tadi dengar live😍😍😍😍.

“Sedap melekat-lekat Aina nyanyi lagu ni… memang xleh move on,” komen seorang lagi.

“Still tk leh move on ni.

“Love versi original Mojo, Caliphbuskers, and now the girl version Aina Abdul ❤️.

“Paduuuuu🔥🔥🔥,” tulis netizen.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement