Sekilas
- Ekin Rahmat menjelaskan Mawi menyanyikan lagu 'Aduh Saleha' secara langsung tanpa miming dalam konsert minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
- Rakaman persembahan dibuat semasa sesi latihan penuh sehari sebelum konsert kerana tarikh GVF bertembung dengan konsert solo Mawi.
- GVF musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan undian bermula sekarang hingga Jumaat, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.
Isteri kepada bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Mawi iaitu Ekin Rahmat tampil menjawab persoalan netizen berhubung rakaman persembahan suaminya menerusi lagu ‘Aduh Saleha’ yang dipersembahkan di pentas konsert minggu pertama program itu Ahad lalu.
Penjelasan itu diberikan selepas seorang netizen bertanyakan mengenai bahagian nyanyian Mawi ketika persembahan berkenaan.
“Yang part 'semua' tu sapa je yang nyanyi sekali @ekinmawi_cahaya? Kemain dia berlakon atas pentas tu,” usik individu tersebut.
Menjawab persoalan tersebut, Ekin menegaskan Mawi menyanyikan keseluruhan lagu berkenaan secara langsung dan bukannya menggunakan teknik miming.
“Semua mawi nyanyi full song aduh saleha tu tiada miming,” jawabnya.

Malah, Ekin turut mendedahkan rakaman persembahan tersebut telah dilakukan lebih awal ketika sesi latihan penuh (full dress rehearsal) sebelum konsert pertama GVF berlangsung.
Menurut Ekin, rakaman itu dibuat sebagai bukti bahawa Mawi menyanyikan lagu berkenaan dalam satu rakaman sahaja tanpa sebarang ulangan.
“Masa malam full dress sebelum start konsert pertama GVF. Kita record siap-siap sebagai bukti yang Mawi nyanyi sekali take sahaja tak ada retake retake ya, Alhamdulillah.
“Kenapa mawi kene record sebelum konsert GVF? Jawapannya Mawi dah plan awal untuk konsert solo dia sebelum terima tawaran GV ni.
“Kebetulan GV ni tarikh yang sama dengan konsert solo Mawi, jadi tiada cara lain selain kene record sehari awal kecuali dia tolak offer masuk GVF ni. Kita santai santai sahaja okay guys. Let’s lets rocks GVF,” jelasnya.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.
Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.
BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?
Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?
GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang.
Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.