Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Ditegur Nampak Mengah, Zahid Main Pickleball Untuk Stamina - “Minggu Ini Saya ‘Jampi’ Korang…”

GV Fantasia: Ditegur Nampak Mengah, Zahid Main Pickleball Untuk Stamina - “Minggu Ini Saya ‘Jampi’ Korang…”

Sekilas

  • Zahid Baharudin akui tahap stamina kurang memuaskan pada minggu pertama GV Fantasia dan kini aktif bermain pickleball untuk tingkatkan kecergasan.
  • Persembahan Zahid pada minggu pertama mendapat markah 51.11% dan dia memohon maaf kepada peminat atas prestasi kurang memuaskan itu.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan undian bermula sekarang hingga Jumaat, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Zahid Baharudin mengambil maklum teguran mengenai tahap staminanya yang dilihat kurang memuaskan ketika membuat persembahan pada minggu pertama program berkenaan.

Menurut Zahid, dia menyedari perkara itu selepas menerima komen daripada hos program berkenaan iaitu Nabil Ahmad dan penonton yang berpendapat dia perlu meningkatkan semula tahap kecergasan.

Advertisement

Disebabkan itu, Zahid mengambil inisiatif bermain pickleball bagi meningkatkan tahap staminanya menjelang persembahan minggu kedua dengan lagu ‘Jampi’ nyanyian asal Hael Husaini.

“Minggu lepas masa konsert Nabil ada cakap saya nampak mengah. Ramai juga yang komen dekat IG, TikTok, Threads, yang cakap saya perlukan kembali stamina saya.

“Saya berada di sini untuk main pickle ball. Insya-Allah minggu ni saya Jampi korang,” ujarnya menerusi video pendek yang dimuat naik di Threads.

Advertisement

Minggu pertama GVF menyaksikan Zahid yang menyampaikan lagu Milikku berada ditempat keenam dengan peratusan markah sebanyak 51.11 peratus.

Terdahulu, Zahid mengakui persembahannya pada minggu pertama merupakan aksi terburuk sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi.

Tidak mahu memberi sebarang alasan, Juara Akademi Fantasia musim kedua itu memohon maaf kepada peminat yang menyokongnya.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang.

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Sumber: Threads @zahidbaharudin

 

Anda mungkin berminat dengan

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement