Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Faizal Terharu, Masih Ada Yang Ingat - “Ada Yang Kata Dah 20 Tahun Tunggu Nak Dengar Suara Saya…”

GV Fantasia: Faizal Terharu, Masih Ada Yang Ingat - “Ada Yang Kata Dah 20 Tahun Tunggu Nak Dengar Suara Saya…”

Sekilas

  • Faizal rasa terharu dan bersyukur dapat kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza Fantasia selepas hampir 20 tahun, sambil menghargai sokongan isteri, keluarga dan peminat.
  • Dalam minggu pertama GVF, Faizal menduduki tempat kelima dengan lagu 'Lihatlah' dan mendapat markah 52.76 peratus.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal menyifatkan kemunculan semula di pentas program tersebut selepas hampir 20 tahun sebagai satu momen manis yang cukup bermakna buat dirinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Faizal meluahkan rasa syukur apabila masih ada peminat yang setia menantikan kemunculannya untuk kembali beraksi di pentas.

Advertisement

“Alhamdulillah, malam pertama Gegar Vaganza Fantasia jadi kenangan manis buat saya.

“Ada yang kata dah 20 tahun tunggu nak dengar suara saya di pentas tu semula.


“Terima kasih sebab masih ingat, masih sudi dengar, dan masih datang sokong,” coretnya.


Dalam hantaran yang sama, Faizal juga turut menzahirkan penghargaan kepada isteri, keluarga dan peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan sehingga memberinya kekuatan untuk kembali membuat persembahan.

“Buat isteri, keluarga dan peminat, terima kasih sebab sentiasa ada. Sokongan kalian yang buat saya berani melangkah naik pentas semula,” tulisnya.

Advertisement

Minggu pertama GVF menyaksikan Faizal yang menyampaikan lagu Lihatlah berada ditempat kelima dengan peratusan markah sebanyak 52.76 peratus.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang.

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement