Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Jalani Pembedahan Slip Disc, Tok Ram Dah Tak Boleh Main Snooker - “Doktor Nasihatkan Saya…”

Tok Ram

Sekilas

  • Profesor Adjung Datuk Ramli MS terpaksa berhenti bermain snuker selepas menjalani pembedahan slip disc pada Ogos lalu atas nasihat doktor.
  • Beliau kini semakin pulih tetapi perlu elak aktiviti lasak dan menjaga pergerakan harian, termasuk tidak boleh mengangkat beban berat.
  • Tok Ram kekal sebagai ketua juri Gegar Vaganza 13 yang akan bermula 8 November ini, bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Maestro muzik, Profesor Adjung Datuk Ramli MS terpaksa melupakan minatnya terhadap sukan snuker selepas dinasihatkan doktor susulan masalah slip disc yang dialaminya.


 

Advertisement

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, dia tidak dapat lagi bermain sukan berkenaan selepas menjalani pembedahan bagi merawat masalah tulang belakangnya pada Ogos lalu.


 

"Saya sudah tidak boleh main snuker lagi sebab belakang badan sakit. Saya hadir di sebuah acara snuker baru-baru ini adalah sebab tajaan. Penaja letak muka saya di acara tersebut.

Advertisement


 

"Saya sudah selamat melakukan pembedahan slip disc. Doktor nasihatkan saya berhenti main snuker kerana apabila menunduk, beban badan perlu ditampung. Bahaya untuk saya,” katanya kepada Gempak.


 

Tok Ram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 13 (GV13) yang berlangsung di Damansara pada Khamis.


 

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Tok Ram memaklumkan dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada Ogos lalu.


 

Bagaimanapun, dia masih perlu berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian dan tidak boleh melakukan pergerakan lasak atau mengangkat beban berat.


 

"Saya masih boleh memandu, cuma kalau berdiri lama perlu jaga-jaga juga. Cuma keadaan sekarang lebih baik berbanding dulu sebelum pembedahan. Saya pembedahan sekitar bulan Ogos lalu.


 

"Saya juga sekarang tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun tidak boleh laju. Untuk ketika ini pun saya elak dukung anak, lagi-lagi anak saya sekarang tengah lasak dan berat.


 

Untuk info, Tok Ram selaku ketua juri bersama  Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat untuk Gegar Vaganza Fantasia atau GV13 yang akan bermula 8 November ini.


 

Sembilan juara Akademi Fantasia lain iaitu Vince, Zahid, Mawi, Mila, Firman, Faizul, Faizal, Stacy, dan Shahir bakal berentap di pentas GV Fantasia.


 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.


 

Barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, yang akan memberikan penilaian secara profesional, telus dan berintegriti terhadap setiap persembahan.


 

Lebih menarik, musim ini turut menampilkan juri jemputan khas dalam kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang pertandingan berlangsung.


 

PROGRAM GEGAR VAGANZA FANTASIA 


 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.  


 

KAPSUL GEGAR VAGANZA FANTASIA 


 

Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama bermula. 


 

VAZZ VAGANZA FANTASIA


 

Dihoskan selama 30 minit sejurus selepas program utama untuk menampilkan wawancara dan soal jawab bersama peserta dan juri ‘GV13’.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement