Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: ‘No Favouritism’! Ramli MS Tegas Populariti Bukan Tiket Raih Markah Tinggi - “If You Have To Go, You Have To Go”

GV Fantasia: ‘No Favouritism’! Ramli MS Tegas Populariti Bukan Tiket Raih Markah Tinggi - “If You Have To Go, You Have To Go”

Sekilas

  • Datuk Ramli MS tegaskan tiada pilih kasih dalam penilaian peserta GV Fantasia, fokus hanya pada kemampuan vokal dan persembahan.
  • Undian peminat digunakan untuk memilih bintang Hot Seat, memberi peluang penonton tentukan peserta yang mereka mahu lihat beraksi.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.
Advertisement

Maestro muzik dan juga ketua juri Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Profesor Adjung Datuk Ramli MS menegaskan bahawa tiada istilah pilih kasih atau memberi kelebihan kepada mana-mana peserta.

Menurut Ramli, setiap peserta akan dinilai berdasarkan kemampuan vokal dan persembahan mereka tanpa mengambil kira status atau populariti yang dimiliki.

Advertisement

“No favouritism, saya terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyertai GVF. Apabila kamu melangkah ke pentas GV, kami sebagai juri hanya mahu mendengar kemampuan kamu menyanyi.

“Tidak kira sama ada kamu Stacy, Mawi atau sesiapa sahaja, populariti bukanlah ukuran. Jika kamu menyanyi sumbang ketika berada di atas pentas, tiada markah tambahan akan diberikan. If you have to go, you have go,” katanya ketika ditemui Gempak.


 


Dalam pada itu, Ramli juga turut menyifatkan pemilihan bintang AF menerusi undian peminat sebagai sesuatu yang menarik kerana ia memberi peluang kepada peminat untuk menentukan siapa yang mereka mahu lihat beraksi di pentas GVF.

Advertisement

“Saya rasa agak menarik untuk melihat siapa yang bakal dipilih oleh peminat untuk menyertai GVF.

“Cuma, jika tersalah memilih individu kegemaran, contohnya apabila penyanyi tersebut hanya memberikan persembahan biasa-biasa sahaja, peminat juga mungkin akan kecewa,” ujarnya.

Sementara itu, penonton boleh mula mengundi bintang pilihan masing-masing bagi merebut tempat menerusi kerusi Hot Seat GVF.

Barisan calon Hot Seat diperkenalkan selepas hampir kesemua naib juara dan finalis AF yang terlibat selesai membuat persembahan, sekali gus membuka peluang kepada penonton menentukan pilihan mereka.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. 

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.

GV Fantasia dikendalikan oleh trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement