Skip to main content

Hollywood

Halle Berry Didakwa Cekik Anak Usia 12 Tahun, Mahkamah Perintah Sekatan Waktu Bersama

Halle Berry Didakwa Cekik Anak Usia 12 Tahun, Mahkamah Perintah Sekatan Waktu Bersama

Sekilas

  • Halle Berry kini menghadapi sekatan masa bersama anak lelakinya, Maceo, selepas bekas suaminya, Olivier Martinez, menuduhnya melakukan kekasaran fizikal terhadap anak mereka.
  • Mahkamah Los Angeles meluluskan perintah sekatan sementara yang mengehadkan waktu lawatan Berry kepada waktu siang sahaja menjelang prosiding pada 16 Oktober.
  • Berry menafikan tuduhan tersebut dan tetap berusaha memperjuangkan hak penjagaan serta memberikan sokongan terbaik kepada Maceo.
Advertisement

Aktres Halle Berry terpaksa berdepan sekatan baharu terhadap masa bersama anak lelakinya, Maceo, 12, selepas bekas suaminya, Olivier Martinez, mendakwa dia melakukan kekasaran fizikal terhadap anak mereka.

Perintah sekatan sementara serta mengehadkan waktu Berry bersama Maceo kepada lawatan pada siang menjelang prosiding pada 16 Oktober diluluskan hakim dari Mahkamah Los Angeles County baru-baru ini, lapor People.

Advertisement

Laporan menyebut bintang Catwoman itu hanya dibenarkan meluangkan masa bersama Maceo pada Isnin dan Selasa, dari jam 10 pagi hingga 8 malam, serta Sabtu dan Ahad, dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan Martinez, 60,  untuk menghalang Berry daripada berhubung dengan Maceo sepenuhnya.

Dalam permohonannya, Martinez mendakwa Berry “melakukan kekasaran fizikal terhadap anak kami, Maceo, dengan melompat ke atasnya, meletakkan tangannya di leher dan mencekiknya” ketika satu kejadian pada 26 September lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, Berry melalui peguamnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai “tidak berasas sama sekali serta sengaja mengelirukan.”

Berry dan Martinez kini berkongsi hak penjagaan dari segi undang-undang dan fizikal terhadap Maceo dan dibenarkan mengemukakan bantahan terhadap dakwaan tersebut.

Malah menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak guaman Berry, 60, kliennya disifatkan sudah biasa dengan tindakan keterlaluan seperti ini daripada  Martinez.

Meski amat bersedih dengan keadaan yang berlaku, Berry tidak akan membiarkannya menghalang usaha beliau untuk memperjuangkan kepentingan terbaik Maceo serta memberikan kasih sayang dan sokongan yang diperlukan anaknya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement