Ringkasan AI
Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa akhirnya membuka mulut susulan dakwaan curang yang tular selepas didedahkan isterinya, Aireena Sofia sejak semalam.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Haqiem menegaskan bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya di media sosial dan memilih untuk memberi kenyataan penuh hanya pada waktu yang sesuai.
Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang alasan atau penjelasan tambahan yang ingin dikongsikan buat masa ini.
“Assalamualaikum semua netizen dan Malaysian artikel. Saya tiada apa-apa statement. Saya tiada apa-apa alasan. Saya tiada apa-apa yang nak disampaikan.
“Kenyataan akan diberi 100% pada masa yang sesuai dalam masa terdekat.
Saya tak nak bercerita apa-apa isu rumah tangga di platform sosial media. Terima kasih dan maaf pada semua yang bertanya,” tulisnya.
Terdahulu, isterinya Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang, termasuk mendedahkan hubungan suaminya dengan seorang gadis berusia 18 tahun.
Dalam siaran langsung di TikTok, Aireena turut menangis menceritakan apa yang berlaku sejak dia dalam tempoh berpantang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.
Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa akhirnya membuka mulut susulan dakwaan curang yang tular selepas didedahkan isterinya, Aireena Sofia sejak semalam.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Haqiem menegaskan bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya di media sosial dan memilih untuk memberi kenyataan penuh hanya pada waktu yang sesuai.
Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang alasan atau penjelasan tambahan yang ingin dikongsikan buat masa ini.

“Assalamualaikum semua netizen dan Malaysian artikel. Saya tiada apa-apa statement. Saya tiada apa-apa alasan. Saya tiada apa-apa yang nak disampaikan.
“Kenyataan akan diberi 100% pada masa yang sesuai dalam masa terdekat.
“Saya tak nak bercerita apa-apa isu rumah tangga di platform sosial media. Terima kasih dan maaf pada semua yang bertanya,” tulisnya.