Skip to main content

Hiburan

Harun Hashim Syukur Diberi Kekuatan Jalani Ibadah Puasa Di Usia 70 Tahun - “Jalan Pun Goyang-Goyang”

Harun Hashim

Sekilas

  • Pelakon Harin Hashim, 70 tahun, tetap menunaikan ibadah puasa walaupun menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit tiga serangkai dan mata kiri yang tidak berfungsi.
  • Harin bersyukur kerana masih diberi umur panjang dan kekuatan untuk berpuasa walaupun mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, dan lutut yang lemah.
  • Pada 26 Februari, Harin menerima sumbangan di Majlis Iftar Jiwa Prihatin bersama selebriti lain seperti Shamsul Ghau Ghau dan Elyana.

Pelakon, Harin Hashim tetap gagah menunaikan ibadah puasa meskipun berdepan dengan keadaan kesihagan yang kurang memuaskan seperti penyakit tiga serangkai serta bahagian mata kirinya yang tidak berfungsi.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 70 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan umur yang panjang serta kudrat untuk menunaikan ibadah puasa.

“Alhamdulillah, saya tetap berpuasa dan walaupun jalan bergoyang-goyang, saya masih puasa sebab saya tiada sakit perut atau gastrik. Saya hanya ada darah tinggi dan kolesterol juga tinggi, malah lutut saya juga agak lemah.

“Tapi saya tetap boleh berjalan walau goyang-goyang. Kalau ada ‘shooting’, orang datang ambil dan hantar balik sebab jalan pun saya sudah lupa. Dialog pun orang bagi dan saya ikut saja apa yang ‘assistant director’ suruh.

“Saya sebenarnya sudah banyak lupa tapi siapa yang sanggup ajarkan saya dialog, saya buat,” kata kepada Gempak.

Berkongsi mengenai perbezaan menyambut ibadah puasa pada tahun ini, Harun memaklumkan bahawa tidak banyak perubahan yang berlaku.

"Bagi saya kita dah habis-habis umur ini, tinggal 'belen' (baki) tiada perbezaan pun. Hanya kuatkan iman.

“Patutnya dah nak 'pergi' ini duduk rumah sajalah. Tak perlu nak berjalan-jalan,"katanya. 

Pada 26 Februari lalu, Harun merupakan antara selebriti yang menerima sumbangan di Majlis Iftar Jiwa Prihatin. Selain Harun, selebriti lain yang turut menerima sumbangan termasuklah Shamsul Ghau Ghau, Jalil Hamid, Cico, Elyana dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement