Skip to main content

Hiburan

Hasrat Misha Omar Nak Buat Konsert Berskala Besar Tahun Depan Terpaksa Ditangguh - “Saya Fikir Kita Tak Boleh Dapat…”

Misha Omar

Sekilas

  • Misha Omar terpaksa menangguhkan konsert sambutan 25 tahun kerjaya seni yang dijadualkan pada tahun hadapan kerana banyak acara besar seperti Sukan SEA akan berlangsung pada 2027.
  • Walaupun kecewa, Misha akan terus berjumpa peminat melalui showcase 'Misha Omar Aku dan Lelaki' pada 24 Oktober ini sebagai pengubat rindu persembahan pentasnya.
  • Perancangan konsert sudah dibuat sejak awal termasuk mendapatkan pandangan pemuzik dari Malaysia dan Indonesia, namun Misha perlu terus bekerja keras untuk kekal relevan dalam industri seni.
Advertisement

Hasrat penyanyi Misha Omar untuk mengadakan konsert sempena meraihkan 25 tahun perjalanan karier seniny pada tahun hadapan terpaksa ditangguh. 

 

Advertisement

Biarpun berasa sedikit kecewa namun Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisha Omar, 45, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai acara besar yang bakal berlangsung pada 2027.

 

“Sebenarnya, tahun depan adalah golden moment untuk saya sebab meraikan 25 tahun dan saya memang suka konsert di hujung-hujung tahun begitu.

Advertisement

 

“Memang menjadi impian saya untuk buat di stadium. Sebab tak jadi, bolehlah saya cerita. Tetapi tahun depan, melihat kepada agenda yang banyak, ada Sukan SEA dan sebagainya yang lebih besar dijangka berlaku.

 

“Melihat saya ini kecil saja dan saya memang nak bergembira bersama peminat. Jadi, saya pilih untuk tenang dan tangguhkan. Ya, tidak ada konsert ulang tahun,” katanya.

 

Misha menyedari keputusan itu mungkin akan mengecewakan ramai pihak termasuk peminat memandangkan sebelum ini dia sudah berkongsi mengenai perancangan konsert berskala besar itu menerusi media sosial.

 

Namun, penyanyi lagu Sampai Bila itu berharap rasa rindu peminat terhadap persembahan pentasnya dapat terubat menerusi showcase Misha Omar Aku dan Lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini.

 

“Sebelum ini saya dah beritahu kepada rakan-rakan di media sosial yang tahun depan ada konsert, tetapi Insya-Allah kita tunggu setahun. Kalau panjang umur, boleh sambut pada tahun yang akan datang.

 

“Dalam masa sama, saya bersyukur juga kerana masih boleh bertemu peminat menerusi showcase Misha Omar Aku dan Lelaki ini,” ujarnya.

 

Mengulas mengenai persiapan konsert ulang tahun berkenaan, Misha berkata perancangan sebenarnya sudah dilakukan sejak awal termasuk mendapatkan pandangan daripada pemuzik di Malaysia dan Indonesia.

 

“Saya ke Indonesia baru-baru ini untuk bertanya beberapa perkara kerana pernah bekerja dengan Tohpati dan Melly Goeslow.

 

“Jadi, saya kerap ke sana untuk mendengar susunan muzik mereka. Saya bertanya kepada Tohpati tentang senarionya. Sudah bertanya banyak benda sebenarnya,” katanya.

 

Bagaimanapun, Misha mengakui perjalanan selama 25 tahun dalam industri seni bukan sesuatu yang mudah dan dia perlu terus bekerja keras untuk memastikan namanya kekal relevan.

 

“Tetapi saya fikir kita tak boleh dapat semua benda sekali. Saya rasa keberadaan saya di sini, saya perlu bekerja keras selalu untuk terus ada di sini. Tak ada perkara yang mudah.

 

“Saya kena cuba untuk survive. Memang sedih diberitahu konsert tiada tahun depan kerana banyak agendanya. Kalau boleh, saya nak aman-aman saja, tak nak benda besar berlaku sekitar itu. Tapi okey, untuk bertahan sebentar.

 

"Memang keseriusan itu serius untuk sambutan 25 tahun, tetapi mungkin Allah nak beri saya lagu baharu untuk tambah katalog untuk konsert ulang tahun akan datang. Saya positif saja, tetapi harapan saya besar sekali dan saya bersungguh-sungguh. Tapi tidak mengapa,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement