Skip to main content

Hiburan

Hazama, Black Dan Shila Amzah Bawa Persembahan Ke Tengah Laut

Hazama, Black Dan Shila Amzah Bawa Persembahan Ke Tengah Laut

Sekilas

  • Suka Travel akan mengadakan Suka Showcase @ Sea pada Disember ini dengan persembahan Hazama, Black Hanifah dan Shila Amzah di atas kapal pelayaran ke Phuket dan Krabi.
  • Pelayaran bermula dari Port Klang pada 20 dan 22 Disember, menawarkan pengalaman bercuti sambil menikmati persembahan artis, makanan dan aktiviti atas kapal.
  • Pakej boleh dibeli melalui 10 ejen rasmi Suka Partners dan di MATTA Fair KL pada 3 hingga 5 September di MITEC, Kuala Lumpur.
Advertisement

Selepas kejayaan KRU Showcase pada Januari lalu, Suka Travel & Tours Sdn. Bhd. (Suka Travel) meneruskan konsep hiburan di atas kapal menerusi Suka Showcase @ Sea dengan menampilkan Hazama, Black Hanifah dan Shila Amzah pada Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suka Travel, Adam Kamal berkata, penganjuran kali ini dibuat selepas menerima permintaan peminat yang mahukan konsep sama tetapi dengan itinerari lebih pendek serta berlangsung ketika musim cuti persekolahan.

Advertisement

“Kami menerima banyak permintaan daripada peminat selepas kejayaan KRU Showcase. Ramai mahukan konsep sama tetapi dalam itinerari lebih pendek dan pada musim cuti sekolah supaya lebih mudah menyertai pelayaran bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Jadi, kami mengambil kira permintaan tersebut dan membawa pula Hazama dan Black ke pentas Star Voyager pada Disember ini,” katanya.

Menerusi pelayaran yang berlepas dari Port Klang pada 20 Disember, peminat berpeluang menyaksikan persembahan eksklusif Hazama dan Black sambil menikmati percutian ke Phuket.

Bagi memudahkan pembelian pakej, Suka Travel turut melantik 10 Suka Partners sebagai ejen rasmi jualan selain rangkaian 600 Suka Partners di seluruh negara.

Tidak hanya Hazama dan Black, GD World Cruises turut menawarkan pelayaran bertema bersama Shila Amzah yang dijadualkan berlepas pada 22 Disember ke Krabi dan Phuket.

Menurut Suka Travel, konsep berkenaan mahu memberi pengalaman berbeza dengan menggabungkan percutian, makanan, aktiviti atas kapal dan persembahan artis dalam satu pakej.

“Kami mahu menjadikan ‘cruise’ bukan sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain tetapi satu pengalaman, bercuti sambil menikmati makanan, aktiviti atas kapal dan pada masa sama menyaksikan artis kegemaran secara eksklusif,” ujarnya.

Peminat juga boleh mendapatkan pakej pelayaran tersebut secara terus menerusi MATTA Fair KL yang bakal berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement