Skip to main content

Berita Tempatan

"Hidup Ini Amanah, Saling Bertolak Ansur" - Abby Abadi Titip Pesanan Buat Anak & Bakal Menantu

Astro Gempak abby pesan menantu (1)

Sekilas

  • Pelakon Abby Abadi meraikan ulang tahun kelahiran ke-23 anak sulungnya, Danish Hakim, sambil berkongsi nasihat buat anak dan bakal menantunya, Shalinda, selepas majlis pertunangan mereka.
  • Abby menekankan pentingnya saling bertolak ansur dan menerima kekurangan dalam kehidupan berpasangan serta menyatakan ibu bapa menerima fasa baharu anaknya dengan hati terbuka.
  • Majlis pertunangan berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga terdekat, namun Abby berseloroh kerana terlalu sibuk bergambar sehingga tidak sempat menjamah makanan katering.
Advertisement

Pelakon Abby Abadi berkongsi momen istimewa apabila anak sulungnya, Danish Hakim, menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 dalam suasana penuh bermakna apabila kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Abby meluahkan rasa syukur selain menitipkan nasihat buat anak dan bakal menantunya, Shalinda, susulan majlis pertunangan mereka yang berlangsung baru-baru ini.

Advertisement

“Sempat meraikan Harijadi @danishhakimofficial yg ke 23 (24 March 2003) Muda lagi anak ini.

"Tapi bila nak melangkah ke fasa seterusnya, kami Ibu bapa menerima dengan hati terbuka. Anak-anak sekarang bukan boleh dilarang. Cuma boleh dinasihatkan & terus bagi peringatan. Hidup ini amanah & tanggungjawab yang ALLAH amanahkan & tak semudah yang disangkakan.

"Nak jaga diri pun panjang perjuangannya, apatah lagi bila melibatkan orang lain untuk bersama dalam kehidupan kita. Salinglah bertolak ansur, saling menerima kelebihan & kekurangan, saling melengkapilah pendek kata ya. Tiada yg sempurna.

Advertisement

"Kalau ALLAH izinkan, satu Majlisnya di Singapore & satu lagi di Malaysia.. InshaALLAH. Cuma bila, belum tahu lagi hehe.. Doakan," tulis Abby panjang lebar di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Abby turut berkongsi suasana majlis pertunangan yang berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga terdekat.

Malah, dia juga sempat berseloroh mengenai situasi ketika majlis berlangsung yang dipenuhi sesi bergambar sehingga tidak sempat menjamah makanan.

“Banyak betul gambar & video di Majlis Pertunangan Danish & Shalinda semalam ya.. Banyak betul! Penat bergambar sampai makanan yg katering sediakan tak bermakan," tambahnya.

Terdahulu, Abby sempat berkongsi momen Danish dan pasangannya selamat bertunang dalam majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement