Skip to main content

Hiburan

Hormati Pandangan Atilia Haron Isu Suara ‘Tinggi’, Aina Abdul Lebih Percaya Kredibiliti Juri - “Bila Kita Pertikaikan Ibarat…”

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tidak bersetuju dengan kenyataan penyanyi Atilia Haron yang sebelum ini mempersoalkan standard penilaian dalam industri muzik tanah air. 

Jelas Aina, sebelum ini ada sahaja penyanyi yang bukan nyanyi bernada tinggi berjaya merangkul anugerah. 

“Saya masih terima apa yang orang cakap, sebab bagi saya dengan apa yang saya tampilkan itu bukanlah sekadar menjerit not tinggi saja. Saya juga datang dari background saya belajar ilmu vokal itu dan bukanlah saya buat ini dengan tidak memikirkan apa-apa.

“Saya tidak bersejutu dengan kenyataan itu sebab saya rasa ada je sebelum ini pemenang AIM sebelum ini yang lagunya santai-santai sahaja,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, pemenang anugerah Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik 24 menghormati pandangan Atilia namun percaya kredibiliti juri yang menilai adalah sesuatu yang tidak wajar dipertikaikan.

“Saya percaya semua orang ada pendapat mereka masing-masing. Saya hormat mereka yang memberi pandangan, saya ada berjumpa dengan dia beberapa minggu sebelum itu tapi saya tak pasti apa isunya. 

“Saya percaya dengan kredibiliti juri-juri yang memilih, Cikgu Sarah Ismail ada bercerita juga kan, jadi nama-nama yang dikongsikan itu adalah nama-nama besar dalam industri. So bila kita pertikaikan perkara itu ibarat kita mempersoalkan juri,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi, Atilia Haron mencuri perhatian apabila mempersoalkan standard penilaian dalam industri muzik tanah air khususnya melibatkan kemenangan anugerah.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Atilia membuat perbandingan dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Norah Jones dan Sade yang dikenali dengan gaya vokal lembut tanpa perlu meninggikan suara.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement