Skip to main content

Hiburan

Hun Haqeem Akui ‘Turn Off’ Bila Ada Pelakon Lewat Ke Set - “Kita Kena Sabar & Cuba Didik”

Hun Haqeem

Sekilas

  • Hun Haqeem tekankan pentingnya menghormati masa dalam kalangan anak seni untuk memastikan suasana kerja di set penggambaran kekal positif dan profesional.
  • Beliau akui pernah berdepan pelakon yang lewat ke lokasi, yang memberi kesan kepada kualiti kerja semua pihak dan menyeru agar semua pihak sabar serta saling mendidik.
  • Hun juga berkongsi cara menjaga emosi sebagai pelakon supaya dapat memberikan komitmen terbaik, sambil mengumumkan drama thriller psikologi "Cela" akan ditayangkan bulan depan di Viu.
Advertisement

Pelakon, Hun Haqeem berpendapat bahawa sikap menghormati masa dalam kalangan anak seni merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan  suasana kerja di set penggambaran kekal positif.

Mengakui pernah berdepan situasi melibatkan pelakon lain yang lewat ke lokasi penggambaran, pemilik nama Haqeem Hermy ini memaklumkan bahawa perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti kerja semua pihak di set penggambaran.

Advertisement

“Setiap kali bercakap mengenai etika seseorang, sudah tentu ia menjadi ‘turn off’ (hilang semangat) apabila individu itu tidak menjalankan tanggungjawabnya 100 peratus.

“Sebab pada akhirnya, ia soal menghormati kerja semua orang. Kalau semua orang menghormati skop kerja masing-masing, saya rasa suasana kerja itu akan jadi lebih baik dan menyeronokkan,” katanya kepada Gempak.

Hun berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Cinta Dalam Sekam dan What’s Next On Viu di Odeon Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pelakon Angkara Cinta ini dalam masa yang melihat isu berkaitan disiplin itu sebagai peluang untuk semua pihak memperbaiki diri dan membentuk budaya kerja yang lebih profesional.

“Kadang-kadang kita tetap perlu bekerjasama dengan orang seperti ini. Jadi, kita ambil peluang itu untuk sama-sama menjadi lebih baik.

“Mungkin orang yang selalu datang lambat, bila tengok pelakon senior lain sentiasa menepati masa, dia akan berubah. Itu satu perkara yang baik. Cuma kita kena sabar dan cuba didik,“ katanya lagi.

Ditanya mengenai cara menangani perkara tersebut, Hun yang baru berusia 28 tahun memaklumkan bahawa dia lebih mengutamakan penjagaan emosi agar dapat memberikan komitmen terbaik terhadap watak yang dibawakan.

“Sebagai pelakon, emosi itulah yang kami gunakan 100 peratus setiap hari. Jadi, saya memang berpegang kepada mentaliti untuk menjaga emosi sendiri kerana emosi itu milik karya yang sedang saya jayakan.

“Kalau emosi itu terganggu, sebenarnya profesionalisme saya juga akan terjejas. Jadi saya perlu mengawal perkara itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hun bakal muncul menerusi drama thriller psikologi berjudul Cela, terbitan Viu yang dijangka menemui penonton pada bulan hadapan.

Sebelum ini, isu disiplin pelakon menjadi perhatian selepas seorang pelakon lelaki tampil menegur sikap segelintir rakan industri yang didakwa kerap lewat hadir ke set selain sukar memberikan kerjasama ketika penggambaran.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement