Skip to main content

Hiburan

Ibarat Lima Jari, Ibu Syed Saddiq Jelaskan Sebab Setiap Anak Perlu Didikan Berbeza

Ibarat Lima Jari, Ibu Syed Saddiq Jelaskan Sebab Setiap Anak Perlu Didikan Berbeza

Sekilas

  • Sharifah Mahani berkongsi bahawa setiap anak perlu dididik mengikut karakter dan keperluan berbeza, sama seperti lima jari yang berlainan bentuk dan ukuran.
  • Beliau menjelaskan bahawa cara mendidik anak juga berbeza, ada yang perlu ditegur terus dan ada yang perlu didekati dengan pujian terlebih dahulu.
  • Mahani menegaskan pentingnya keikhlasan sebagai ibu dan mengelakkan perkataan kesat dalam mendidik anak-anak.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani berkongsi caranya membesarkan anak-anaknya.

Menurut Mahani, ibu bapa tidak boleh memberikan didikan yang sama secara mutlak kepada semua anak kerana setiap daripada mereka mempunyai karakter, emosi dan keperluan yang berbeza.

Advertisement

“Setiap anak-anak dia orang dididik dengan cara yang berlainan. Kita tidak boleh samakan, contoh kita ada lima jari di tangan.

“Kelima-lima jari semua bentuknya berlainan, ukurannya berlainan. Jadi, sama dengan anak-anak.

“Kalau kita ada mempunyai lima anak, tak semestinya kita mesti beri didikan kepada mereka penjagaan yang sama rata saja, tidak. Jadi, kita kena pandai tackle setiap satu daripada mereka,” katanya.

Advertisement

Mengulas lanjut, Mahani turut mendedahkan ada antara anak-anaknya yang pernah menyuarakan pandangan bahawa dirinya seolah-olah bersikap pilih kasih terhadap adik-beradik yang lain.

Bagaimanapun, menurut Mahani ada anak yang boleh ditegur secara terus apabila melakukan kesalahan, manakala ada juga yang perlu didekati dengan kata-kata pujian dan kasih sayang terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dibincangkan.

“Ada di antara anak-anak Mama kata, ‘Mama, sometimes you look that you are biased towards A, you look biased towards B. Tidak, sebab kita kena tackle cara yang lain.

“Ada setengah anak kita boleh tegur, ‘Kamu ni kenapa nakal sangat.’ Ada yang kita kena puji dulu, ‘Mama sayang, Mama tahu kamu anak yang baik, anak yang soleh.’

“Tapi lepas itu, kadangkala kemusykilan timbul atas kenakalan kamu, kenapa? Jadi, setiap orang semua cara berlainan. Tapi yang penting, keikhlasan kita sebagai ibu, jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat kerana itu akan balik kepada diri kita,” tambahnya.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement