Ibu kepada pelakon, Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh adiknya yang juga pelakon, Syazwan Razak menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
“Ibu dah tak ada.
“Minta semua jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya. Maafkan beliau jika ada salah dan silap,” tulisnya.
Terdahulu, Syazwan pernah memohon doa orang ramai selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, Syazwan juga sempat membuat kemas kini ibunya dalam keadaan baik selepas beberapa jam di hospital.
"Ibu cakap ibu dah ada tenaga balik, Alhamdulillah. Terima kasih yang doakan," katanya.