Skip to main content

Hiburan

Ibu Syed Saddiq Teruja Sambut Ayden & Ara Dalam Keluarga - "Itu Salah Satu Nikmat..."

Ibu Syed Saddiq Teruja Sambut Ayden & Ara Dalam Keluarga - "Itu Salah Satu Nikmat..."

Sekilas

  • Sharifah Mahani, ibu kepada Syed Saddiq, gembira menerima menantu dan dua cucu melalui perkahwinan anaknya dengan Bella Astillah.
  • Beliau menghargai doa dan sokongan rakyat Malaysia yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu.
  • Sharifah Mahani bersyukur dan terharu melihat Syed Saddiq dan Bella akhirnya disatukan sebagai suami isteri selepas enam tahun penuh cabaran.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa teruja apabila kini bukan sahaja menerima menantu, malah turut dikurniakan dua orang cucu menerusi perkahwinan anak lelakinya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Sharifah Mahani berkata, kehadiran Ayden dan Ara dalam keluarganya menjadi satu lagi nikmat yang disyukuri dalam kehidupannya.

Advertisement

“Mama menerima cucu juga, kan? Ayden dan Ara. Itu salah satu nikmat juga.

“Insya-Allah, mudah-mudahan mama sebagai nenek mereka akan sama-sama dapat memberikan mereka kasih sayang,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sharifah Mahani turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan Syed Saddiq dan Bella.

Advertisement

Baginya, segala doa serta sokongan yang diberikan amat bermakna buat dirinya dan keluarga, terutama ketika menyaksikan anaknya memulakan kehidupan baharu sebagai seorang suami.

“Mama tak akan lupa atas segala-galanya dan mama juga tak lupa kepada rakyat Malaysia yang mendoakan Saddiq dan Bella. Terima kasih banyak-banyak,” tambahnya.

Terdahulu, Sharifah Mahani meluahkan rasa syukur apabila Syed Saddiq sah bergelar suami kepada Bella selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026.

Sharifah Mahani juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat kedua-duanya akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Malah, dia mengakui kini lebih banyak tersenyum selepas melalui tempoh enam tahun yang menyaksikannya banyak menitiskan air mata sebelum tiba ke saat penuh bermakna itu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement