Skip to main content

Hiburan

Ibu Terus Suruh Terima Filem TERBANG, Shweta Sekhon Baru Tahu Karamjit Singh Kawan Ayah - “Watak Ini Berat…”

Ibu Terus Suruh Terima Filem TERBANG, Shweta Sekhon Baru Tahu Karamjit Singh Kawan Ayah - “Watak Ini Berat…”

Sekilas

  • Shweta Sekhon mengakui watak Lisa dalam filem TERBANG sangat mencabar dan mempunyai perjalanan emosi yang kompleks seperti 'roller coaster'.
  • Shweta bersetuju membintangi filem ini kerana pengarah Chiu Keng Guan dan kaitan filem dengan legenda rali Malaysia, Karamjit Singh, yang juga kenalan keluarganya.
  • Filem TERBANG, yang diinspirasikan daripada kisah hidup Karamjit Singh, akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September, termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Pelakon jelita Shweta Sekhon mengakui watak Lisa yang dibawakan dalam filem TERBANG menjadi antara karakter cukup berat dan mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Menurut Shweta, pada awalnya dia menyangka bakal diberikan watak sebagai pelumba selepas dimaklumkan mengenai naskhah yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali negara, Karamjit Singh.

Advertisement

“Sebenarnya ketika ditawarkan, saya tidak diberitahu watak apa yang akan dibawa.

“Bila dapat tahu ini filem perlumbaan, saya fikir saya akan jadi pelumba. Jadi memang teruja sebab fikir dapat berlumba.

“Tapi akhirnya dapat tahu saya bawa watak isteri. Sebenarnya watak saya lagi berat,” katanya.

Shweta berkata, perjalanan emosi Lisa dalam filem tersebut juga mempunyai turun naik yang cukup ketara sehingga disifatkannya seperti menaiki ‘roller coaster’.

Bagaimanapun, dia melihat karakter berkenaan sebagai peluang untuk menguji kemampuan diri dalam bidang lakonan.

“Saya belum boleh cerita banyak, tapi watak ini memang seperti ‘roller coaster’. Graf emosinya memang turun naik.

“Jadi, saya mahu mencabar diri sendiri sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

Berkongsi mengenai detik awal menerima tawaran TERBANG, Shweta berkata, ibunya antara individu yang terus mendorongnya menerima projek tersebut sebaik mengetahui filem berkenaan berkaitan Karamjit.

“Saya masih ingat ketika dapat panggilan itu, saya berada dalam kereta bersama ibu.

“Bila dapat tahu tentang Karamjit, ibu terus tengok muka saya dan cakap, ‘Ini memang tak boleh runding, kau kena ambil’.

“Saya pula ketika itu tanya, ‘Siapa dia?’ Ibu beritahu Karamjit ialah kawan ayah saya.

“Selepas itu saya terus cakap, ‘Okey, kita buat’,” kongsinya.

Selain Karamjit, Shweta berkata, pengarah Chiu Keng Guan menjadi faktor utama dia bersetuju membintangi TERBANG biarpun ketika itu belum mengetahui secara terperinci mengenai skrip dan karakter yang bakal dibawakan.

Katanya, nama pengarah merupakan antara perkara pertama yang akan dipertimbangkan sebelum menerima sesebuah tawaran lakonan.

“Chiu sebenarnya sebab utama saya kata ya walaupun ketika itu belum tahu apa-apa tentang skrip.

“Bila saya nak buat keputusan terima sesuatu projek atau tidak, soalan pertama saya adalah siapa pengarahnya.

“Sebagai pelakon, kita akan ada hubungan dengan pengarah. Kita kena tahu cara dia bekerja dan sebagainya.

“Bila dapat tahu Chiu yang mengarah, saya terus setuju. Tak kisah apa pun watak saya, saya mahu buat sebab dia memang antara pengarah dalam senarai yang saya mahu bekerjasama,” jelasnya.

Tambahnya, keyakinan untuk menjayakan filem tersebut semakin bertambah selepas mengetahui barisan pelakon serta Astro Shaw sebagai penerbit.

“Bila dapat tahu barisan pelakonnya, saya sangat teruja sebab semuanya nama-nama besar.

“Jadi saya boleh katakan Chiu adalah sebab utama, sudah tentu bersama Karamjit Singh dan Astro Shaw,” katanya.

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam arena rali antarabangsa.

Filem arahan Chiu itu turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September depan termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement