Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Idan Aedan Harap Penonton Tak Terlalu Cepat Mengkritik Filem ‘Kacau’ - “Saya Rasa Macam Terlampau Banyak…”

Idan Aedan

Sekilas

  • Pelakon Idan Aedan berharap penonton akan seronok menonton filem seram lakonannya, Kacau, yang akan ditayangkan pada 12 November ini.
  • Idan mengajak penonton memberi ruang untuk menikmati filem dan mengelakkan kritikan keterlaluan terhadap karya tersebut.
  • Dia juga menggalakkan peminat untuk mempromosikan filem Kacau di media sosial bagi menarik lebih ramai penonton.
Advertisement

Pelakon Idan Aedan berharap penonton akan berasa seronok menonton filem lakonannya berjudul Kacau yang akan ditayangkan pada 12 November depan. 

 

Advertisement

Bagaimanapun, Idan turut berharap agar penonton tidak terlalu cepat mengkritik sesebuah karya, sebaliknya memberikan ruang untuk menikmati jalan cerita dan melihat sesebuah filem dari sudut yang lebih positif.

 

Menurut Idan, dia memahami setiap penonton mempunyai pandangan tersendiri terhadap filem yang ditonton, namun berharap kritikan yang diberikan tidak keterlaluan.

Advertisement

 

“Saya harap semua orang akan enjoy menonton filem Kacau ini dan tidak terlampau menilai sesuatu filem itu. 

 

“Sebab saya rasa macam terlampau banyak sangat orang yang tengok filem kemudian kritik walaupun mereka bukan pun pengkritik kan. 

 

“Saya pun sendiri suka tengok filem dan ada saja kritik tapi kritik dalam diri sendiri jela dan kita tengoklah apa-apa kesilapan dia kan dan cuba lihat secara positif,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Idan turut mengajak peminat filem seram untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Kacau apabila ditayangkan tidak lama lagi.

 

Dia juga berharap orang ramai dapat membantu mempromosikan filem berkenaan menerusi media sosial bagi memperluas jangkauan kepada penonton.

 

“Untuk peminat cerita seram, ini sudah tentu filem yang anda kena tonton tidak lama lagi. Saya harap orang dapat sedikit sebanyak menyebarkanlah tentang filem Kacau ni di social media,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement