Sekilas
- Ika Nabila berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila seorang penerbit pernah mengajaknya keluar dengan janji tawaran berlakon 17 tahun lalu.
- Walaupun menolak ajakan tersebut, Ika bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan tetap lancar dan sering muncul di televisyen.
- Selepas sibuk menguruskan keluarga, Ika meluahkan rasa rindu untuk kembali berlakon dan kini berasa sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran.
Sama seperti pelakon Adriana Adnan, pelakon Ika Nabila juga pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika awal kemunculannya dalam industri seni.
Menerusi perkongsian di Threads, Ika mendakwa seorang penerbit pernah mengajaknya keluar dengan memancingnya dengan tawaran berlakon.
Bagaimanapun Ika meluahkan rasa syukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan tetap ada biarpun tidak keluar dengan penerbit tersebut.
“The ugly truth about the industry. 17 years ago… ada seorang penerbit ini ajak I dating dgn ayat ‘you kata nak jadi heroin akasia’, not knowing I hati kering koser aku.
“Alhamdulillah… sekali pun tak pernah dating dengan penerbit itu, Allah izinkan back to back juga muka I keluar TV,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Ika turut meluahkan rasa rindu untuk berlakon memandangkan sebelum ini dia sibuk menguruskan keluarga,
“Aihhh rindu berlakon! Sejak jadi mak ni busy bethol uruskan keluarga… but i think I’m ready!” ujarnya.