Skip to main content

Hiburan

Individu ‘Backup’ Aidil Zafuan Tak Culas Hal Nafkah Anak, Rita Rudaini Cabar Tunjuk Resit - “Ada Berani? Semua Orang Nak Tengok”

Rita Rudaini

Sekilas

  • Rita Rudaini menafikan dakwaan bahawa bekas suaminya, Aidim Zafuan, tidak pernah culas membayar nafkah anak-anak mereka setiap bulan.
  • Rita meminta individu yang membuat dakwaan tersebut untuk menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti.
  • Mahkamah memerintahkan Aidim membayar nafkah RM3,000 sebulan sejak 2015, namun Rita menyifatkan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan anak-anak mereka.

Pelakon, Rita Rutaini menyelar seorang individu yang mendakwa bekas suaminya, Aidim Zafuan tidak pernah culas membayar nafkah buat dua anaknya pada setiap bulan.

Menerusi Threads, Rita yang memuat naik semula hantaran individu terbabit turut meminta agar resit pembayaran tersebut dikongsikan jika benar ia telah dilakukan pada setiap bulan tanpa gagal.

"Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip bayar tu berapa bulan?

"Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu," katanya. 

Dalam masa yang sama, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar ini turut menyifatkan jumlah sebanyak RM3,000 itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

"RM3,000 pun sebab gaduh di mahkamah. Boleh bayar apa untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 itu. 

“Jom lawan di mahkamah. Ada berani?,” ujarnya

Terdahulu, Aidil mendakwa dirinya tidak pernah gagal membayar nafkah anak menerusi ciapan dibuat di aplikasi Threads.

Untuk rekod, mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Sekadar info, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum mereka sah bercerai lima tahun kemudian.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement