Skip to main content

Hiburan

Individu Dakwa Raja Azura Terdesak Nak Tuntut Nafkah Daripada Bekas Suami, Ibu Tampil ‘Back Up’ - “Siang Malam Mencari Duit…”

Raja Azura

Ringkasan AI

  • Ibu Raja Azura marah dengan tuduhan netizen yang kata anaknya terdesak minta nafkah daripada bekas suami.
  • Netizen kritik Raja Azura kerana tidak tuntut nafkah lebih awal walaupun dakwa boleh berdikari.
  • Ibu Raja Azura jelaskan bekas suaminya sudah lama tinggalkan anak-anak sejak mereka sekolah lagi.
  • Anaknya bekerja keras menanggung keluarga tanpa pernah minta bantuan kerajaan, bukti dia tak terdesak.
  • Raja Azura kini tuntut nafkah tertunggak selama 15 tahun daripada bekas suaminya selepas bercerai pada 2010.

Ibu kepada pelakon dan pengacara Raja Azura berang apabila ada netizen yang mendakwa anaknya terdesak mahukan duit dengan menuntut nafkah daripada bekas isteri.


 

Menerusi komen netizen itu berkata sepatutnya dari dulu lagi Raja Azura menuntut hak tersebut.


 

“Terdesak sangat ke kak. Kata boleh berdikari? Kalau nak tuntut la dulu lagi. Nampak macam lapar sangat duit jantan kaparat tu,” tulis individu tersebut.


 

Membalas komen tersebut, ibu Raja Azura menegaskan bekas menantunya itu sudah meninggalkan cucu-cucunya sejak sekolah lagi dan anaknya yang bekerja keras mencari duit menanggung kehidupan mereka.


 

“Selama belasan tahun dia (bekas menantu) tinggalkan anak-anak ketika dari sekolah lagi sampai masuk universiti.


 

“Ini mak dia, bukan mak tiri, bukan mak mentua. Saya yang berdamping dengan dia dari ada suami sampai berpisah, nak turun mahkamah.


 

“Siang malam mencari duit sampai anak-anak sampai habis belajar,” katanya.


 

Hilang sabar dengan komen melampau itu, ibu Raja Azura turut menegaskan anaknya tak pernah terdesak seperti didakwa.


 

“Hilang sabar saya sebagai seorang ibu. Saya tahu macam mana anak saya mencari duit, tak ada maknanya terdesak.


 

“Kalau terdesak anak saya dah lama minta bantuan dari kerajaan,” ujarnya lagi.


 

Sebelum ini, pelakon berusia 53, itu memohon bekas suaminya iaitu Adzmin Osman untuk memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu tuntutan nafkah yang tertunggak sejak 15 tahun lalu.


 

Raja Azura sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman mengenai nafkah tiga orang anaknya daripada Adzmin.


 

Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.


 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Haqim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.

Must-Watch Video

Advertisement