Skip to main content

Hiburan

“Ini Kali Pertama Saya Berlakon, Saya Kena Lebihkan Usaha Untuk Watak Liu” - Melinda Dadew

“Ini Kali Pertama Saya Berlakon, Saya Kena Lebihkan Usaha Untuk Watak Liu” - Melinda Dadew

Sekilas

  • Melinda Dadew mendapat peluang pertama berlakon sebagai watak utama Puteri Liu dalam Teater Muzikal Mansur & Liu arahan Datuk M. Nasir.
  • Dia menghadapi cabaran mendalami watak tersebut dengan bantuan tugasan dan kelas khas bersama pelakon lain seperti Aliff Aziz dan Arena Wan.
  • Teater ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.
Advertisement

Penyanyi Melinda Dadew menyifatkan peluang menggalas watak utama dalam Teater Muzikal Mansur & Liu sebagai rezeki apabila karya arahan maestro tersohor Datuk M. Nasir itu menjadi pengalaman pertamanya dalam bidang lakonan.

Lebih mencabar, Melinda yang membawa watak Puteri Liu bakal bergandingan dengan barisan pelakon berpengalaman termasuk teraju utamanya Aliff Aziz.

Bagaimanapun, Melinda berkata, tekanan dirasakan bukan disebabkan barisan pelakon lain, sebaliknya datang daripada dirinya sendiri yang mahu memberikan persembahan terbaik.

“Sebenarnya saya bukan berlakon dengan Aliff Aziz sahaja tetapi dengan barisan pelakon lain juga. Macam kita tahu, mereka semua mempunyai banyak pengalaman.

“Tekanan itu bukan disebabkan barisan pelakon tetapi terhadap diri saya sendiri. Ini kali pertama saya berlakon, jadi saya kena lebihkan usaha untuk mendapatkan watak Liu ini,” katanya.

Menurut Melinda, dia turut diberikan beberapa tugasan oleh Datin Marlia Musa bagi membantunya memahami karakter Puteri Liu dengan lebih mendalam.

Malah, dia bersama Aliff dan Arena Wan turut mengikuti kelas khas sebagai persediaan sebelum naik ke pentas.

“Mel banyak dapat tugasan daripada Datin Marlia. Kami ada ‘masterclass’ bersama Arena, Aliff dan Mel.

“Mel kena cari siapa Liu, bagaimana karakter dia dan berapa umurnya. Itu antara tugasan Mel.

“Cara nak lontarkan suara dan sama ada ekspresi sesuai atau tidak dengan cara Mel berlakon nanti pun perlu diberi perhatian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Melinda mengakui bukan mudah untuk mendalami watak Puteri Liu terutama apabila karakter tersebut tidak begitu dikenali ramai berbanding Puteri Hang Li Po.

Justeru, dia perlu melakukan pembacaan berulang kali selain membuat kajian sendiri bagi memahami watak tersebut.

“Bagi Mel, agak susah juga sebab ini kali pertama Mel berlakon. Mel kena baca dari awal cerita sampai habis.

“Bukan baca sekali sahaja tetapi berulang kali sehingga Mel dapat dan faham watak itu.

“Mel baca skrip dan buat kajian di Google juga,” katanya.

Lebih membuatkan Melinda teruja, peluang tersebut bukan sahaja menjadi debut lakonannya, malah terus meletakkannya sebagai teraju utama di bawah arahan M. Nasir.

“Mel tak pernah berlakon dalam mana-mana drama. Jadi, ini pengalaman pertama Mel dan di bawah Datuk M. Nasir pula.

“Mel rasa sangat beruntung. Memang ‘rezeki’,” ujarnya.

Teater Muzikal Mansur & Liu mengangkat kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dengan Aliff menggalas watak Sultan Mansur Shah manakala Melinda sebagai Puteri Liu.

Pementasan arahan M. Nasir itu dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement