Sekilas
- Pelakon Puteri Balqis memberi bayangan akan berkahwin dengan tunangnya, Kafziel, dalam masa terdekat.
- Aqish memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan secara terperinci dan hanya menjawab "soon" apabila ditanya.
- Aqish bakal muncul dalam drama terbaru "Dua Nyawa" yang akan disiarkan di platform iQIYI bersama barisan pelakon terkenal lain.
Pelakon, Puteri Balqis memberi bayangan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan bersama tunangnya, Kafziel dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, pelakon yang mesra disapa Aqish ini memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinannya.
Ketika ditanya tarikh perkahwinan, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) ini hanya memberikan jawapan ringkas sambil membayangkan hari bahagia itu tidak lama lagi.
“Soon (tak lama lagi)” jawabnya ringkas.
Untuk rekod, Aqish dan Kafziel selamat mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Aqish bakal menghiasi drama terbaharu berjudul Dua Nyawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang akan menemui penonton menerusi platform penstriman iQIYI.
Drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Kodi Rasheed dan Atilia Haron.