Skip to main content

Selebriti

Intan Ladyana ‘Buka Mulut’ Isu Permainan Video Online Melibatkan Harris Alif - “Saya Bukan Enabler, Yang Salah Tetap Salah”

Intan Ladyana buka mulut isu game online suami

Sekilas

 

  • Intan menjelaskan dia tidak terlibat secara langsung dan menyerahkan penjelasan kepada pihak yang berkenaan.
  • Dia menegaskan pentingnya memahami batas dalam hubungan dan tidak menyokong perkara yang salah, walaupun dalam konteks permainan atau kerja.

Pelakon, Intan Ladyana tampil memberikan respons terhadap dakwaan mengatakan suaminya, Harris Alif yang dikatakan curang atau 'microcheating' susulan tular rakaman memaparkan perbualan romantis dengan seorang wanita dalam sebuah permainan video online baru-baru ini.

Menurut Intan, dia tidak berada dalam situasi tersebut dan enggan mencampuri perkara yang bukan melibatkan dirinya secara langsung.

“Kalau dakwaan curang atau salah faham itu kena tanya pihak yang terlibat. Saya tak ada kena mengena bukannya saya yang dikatakan curang.

“Saya kiranya seeprti pihak ketiga, tidak berada dalam situasi itu. Kena tanya mereka yang berkenaan,” ulasnya ringkas.

Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel bertempat di Jiwa Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Intan juga menegaskan sebagai seorang isteri, dia mempunyai prinsip tersendiri dan tidak akan menyokong sebarang perkara yang dianggap salah.

Malah katanya, setiap individu perlu memahami batas masing-masing tanpa perlu dikawal oleh orang lain, termasuk dalam situasi seperti bermain permainan video atau ketika bekerja.

“Saya sebagai isteri saya boleh cakap saya bukan enabler. Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul. Jadi kena tahu sendiri batas macam mana. Insya-Allah tidak akan berlaku lagi.

“Saya tahu batas saya, dia pun tahu batas dia, lebih senang begitu. Tak perlu macam nak kontrol, diri sendiri kena tahu.

“Sendiri kena faham apa batas yang perlu kita jaga, walaupun dekat dalam game atau berlakon, kena tahu.

“Kalau kita tak tahu, dengar orang cakap jangan begitu, jangan begini, susah juga. Kita sendiri kena ada pemahaman,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Intan, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat dan menyerahkan kepada mereka untuk menilai sendiri tindakan masing-masing.

“Tapi saya tak adalah nak salahkan perempuan itu atau Haris. Mereka sendiri kena tahu, kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul itu adalah pandangan masing-masing,” ujarnya

Terdahulu, Harris menafikan dakwaan netizen kononnya dia melakukan 'microcheating' terhadap isterinya Intan Ladyana yang juga pelakon.

Menerusi Instastory, Harris menegaskan video yang tular di laman sosial hanyalah sekadar tuntutan watak sebagai Tommy di dalam dunia Roleplay (RP) sebuah kandungan permainan atas talian.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement