Skip to main content

Hiburan

Isteri Penyanyi Popular ‘Spill’ Identiti Sebenar Suami

Menerusi hantaran di Threads, Tasha menzahirkan ucapan tahniah buat suaminya serta seluruh anggota K.O.I atas kejayaan mereka membawa pulang trofi kemenangan pada malam berprestij tersebut.

Sekilas

  • Tasha Awie, isteri kepada anggota kumpulan K.O.I, Tuannicky, meluahkan rasa bangga selepas kumpulan itu dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu ke-40.
  • Dalam hantaran di Threads, Tasha secara tidak langsung mendedahkan identiti sebenar suaminya yang merupakan vokalis Floor 88, Ayie Elham.
  • Pendedahan itu mencetuskan reaksi peminat yang sudah lama mengagak identiti Tuannicky berdasarkan suara dan gaya persembahan kumpulan K.O.I yang memakai topeng.
Advertisement

Isteri kepada anggota kumpulan K.O.I, Tuannicky, iaitu Tasha Awie meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suaminya selepas kumpulan muzik misteri itu dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Menerusi hantaran di Threads, Tasha menzahirkan ucapan tahniah buat suaminya serta seluruh anggota K.O.I atas kejayaan mereka membawa pulang trofi kemenangan pada malam berprestij tersebut.

“JUARA!!!🏆 ALHAMDULILLAH TAHNIAH SUAMIKU SAYANG tuannicky_ @ayieelhamf88

tahniah Team K.O.I SO PROUD OF YOU GUYS,” tulisnya di Threads.



Namun, bukan sekadar ucapan tahniah yang mencuri perhatian, sebaliknya hantaran tersebut turut membuatkan netizen terkejut apabila Tasha secara tidak langsung mendedahkan identiti sebenar suaminya yang selama ini menjadi tanda tanya ramai.

Advertisement

Rupa-rupanya, Tuannicky merupakan vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham.

Pendedahan berkenaan pantas mencetuskan reaksi dalam kalangan peminat yang sememangnya sudah lama membuat spekulasi mengenai identiti di sebalik topeng anggota K.O.I.

Malah, ada netizen mendakwa mereka sudah dapat mengesan identiti Tuannicky berdasarkan suaranya sejak kumpulan tersebut mula diperkenalkan.

“Laki dia punya la jaga imej mystery tu tak bagi org tau, sekali bini spill mcm tu je hahaha

“AKU DAH AGAK !! Hahahahahhaha omgg peminat Floor 88 memang dapat detect ! Walau tadi dia cuba cakap slang Sabah

“Dah lama agak tu ayie sbb suara mmg dia lah. Kita pulak minat ayie macam mana kan. Ahhhh congrats korang

“Ckp kt hsband jgn tukar sleng sabah kmi dh tau tu die dri mule2 msuk lgi😁,btw tahniah ayie n K.O.I

“Ayie rupanya sebelah tuu???? Gila laaa xexpectttttt. Tahniahhh


“Sumpah aku sorg jelaa nih baru tahu one of KOI tuu ayie? Hahahaha ampun,” komen netizen.

Terdahulu, kumpulan muzik misteri K.O.I memilih untuk terus mengekalkan identiti mereka dengan mengenakan topeng ketika membuat persembahan dan tampil di khalayak.

Menurut kumpulan tersebut, keputusan untuk tidak mendedahkan wajah bukan kerana mahu bersembunyi, sebaliknya mereka mahu memastikan perhatian diberikan kepada muzik serta mesej yang ingin disampaikan.

Sumber: Threads 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement