Skip to main content

Hiburan

Isu Haqiem Stopa, Zul Huzaimy Harap Masyarakat Berhenti Pandang Serong Terhadap ’Rempit’ - “Kalau Nakal Lelaki Itu Biasa…”

Zul Huzaimy

Sekilas

  • Zul Huzaimy menegaskan tidak adil melabel semua komuniti motosikal sebagai lelaki ‘mata keranjang’ hanya kerana isu rumah tangga Haqiem Stopa dan Aireena Sofia.
  • Zul percaya kemelut rumah tangga Haqiem dan Aireena boleh diselesaikan oleh mereka berdua tanpa campur tangan luar, sambil mengakui ia perkara biasa dalam perkahwinan.
  • Pasangan ini berkahwin Oktober tahun lalu dan kini sedang melalui prosiding cerai selepas Aireena memfailkan permohonan pada November, dengan seorang anak lelaki berusia tiga bulan.

Masalah rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa dan isterinya iaitu Aireena Sofia menjadi perhatian sehingga terdapat segelintir netizen mula memandang serong terhadap golongan ‘rempit’. 

 

Sebagai pengasas Spark Malaysia Club, pelakon Zul Huzaimy berkata tidak adil untuk melabel keseluruhan komuniti motosikal sebagai lelaki ‘mata keranjang’ hanya disebabkan isu yang sedang hangat diperkatakan. 

 

"Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelas. Maaf ya budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya.

 

"Tapi masyarakat jangan jatuhkan hukum budak rempit macam itu, kalau saya sebut lebih jahat lagi budak mat rempit ini buat, kami tidaklah macam itu," katanya kepada Gempak.

 

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Ameera Beauty yang diadakan di Hotel Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

 

Mengenali Haqiem secara peribadi, Zul percaya kontroversi yang tercetus dapat diselesaikan oleh pempengaruh itu dan isterinya tanpa campur tangan luar.

 

"Saya kenal dia, pernah saja berjumpa dan mesej dengan dia. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak yang baik, cuma tak tahulah sebab cemburu atau salah faham.

 

"Semua orang alami perkara yang sama, kemelut rumah tangga ini biasa. Pandai-pandailah, tiada siapa pun tidur diantara bantal kau (Haqiem) dan isteri. 

 

“Hanya korang bedua saja tahu. Semoga korang dapat cari penyelesaian terbaik," ujarnya.

 

Dalam pada itu, Zul juga tidak menolak Haqiem kerap dikelilingi wanita jika berada di acara-acara motosikal namun menganggap ia adalah lumrah biasa bagi seorang lelaki.

 

"Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal tapi kalau lelaki dikelilingi lelaki songsang itu bahaya.

 

"Zaman sekarang lelaki yang sudah kahwin itu lagi jadi rebutan, nak-nak usia 35 tahun ke atas memang kena jaga," ujarnya.

 

Sebelum ini  Aireena tampil mendedahkan rakam video pengakuan remaja yang mendakwa dia tidur sebilik bersama Haqiem.

 

Kisah rumah tangga pasangan ini mula meraih perhatian selepas  Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu dan prosiding tersebut masih dijalankan di mahkamah. 

 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Must-Watch Video

Advertisement