Skip to main content

Selebriti

Isu Petugas Kesihatan Tiada Di Kaunter Waktu Lunch, Dr Izzar Anwari Tegur Sikap Segelintir Netizen - “Dah Nak 2026, Tapi Masih…”

Isu Petugas Kesihatan Tiada Di Kaunter Waktu Lunch, Dr Izzar Anwari Tegur Sikap Segelintir Netizen

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari, tampil menegur tindakan segelintir individu yang masih tidak memahami situasi sebenar petugas kesihatan di fasiliti awam apabila kaunter perkhidmatan ditutup sementara pada waktu rehat.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Izzar menzahirkan rasa kesal terhadap pihak yang membuat hantaran negatif mengenai perkara itu.

Advertisement

Menurut Dr Izzar, masyarakat perlu lebih memahami tanggungjawab serta tekanan kerja yang dihadapi petugas kesihatan, khususnya di fasiliti awam yang menerima jumlah pesakit tinggi setiap hari.

“Dah nak 2026 ni, tapi masih ada yang petik kaunter di fasiliti kesihatan tiada staf pada waktu rehat tengah hari? 

“Kaunter Hospital (Bahagian Kecemasan): Staf tengah uruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter

“Kaunter Klinik Kesihatan: Staf tengah rehat, makan atau solat. Mereka juga manusia. Perlu rehat,” tegasnya.

 

 

Selain itu, Dr Izzar juga menasihati semua petugas kesihatan agar kekal sabar dan ikhlas dalam menjalankan tugas meskipun berhadapan dengan pelbagai komen negatif.

“Kepada semua staf kesihatan, memang kita sentiasa diuji dengan ketidakpuasan hati individu individu yang membuat komen tanpa usul periksa hal sebenar (tabayyun). 

“Takpa, itu masalah mereka. Yang penting kita sendiri, rakan sekerja, serta boss kita tahu apa kita buat itu tak salah. 

“Sentiasa ikhlaskan diri dalam bekerja. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, kita cari rezeki yang halal untuk keluarga kita. 

“Kita tak boleh ubah mereka. Tapi kita ubah mentaliti kita. Bertabah semua. Insya-Allah,” coretnya.

Terdahulu, satu hantaran yang dimuat naik pelakon Nadzmi Adhwa di laman Threads mengundang perhatian ramai berhubung kenyataannya ketika mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan (KK) baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi menulis “kaunter ada lima semua tutup. Oh tengah lunch rupanya” beserta video suasana di kaunter berkenaan.

Bagaimanapun hantaran itu telah pun dipadamkan selepas teruk dikritik netizen.

Must-Watch Video

Advertisement