Pelakon, Eira Syazira menafikan dakwaan yang mengaitkan anaknya, Amarra Sofea Rose dengan satu kes buli yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Eira, dia tidak terkesan dengan gosip berkenaan dan memilih untuk tidak melayan sebarang komen negatif yang dilemparkan netizen.
Advertisement
“Saya dan suami abaikan sahaja kerana tahu itu bukan anak kami, saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh berbuat apa-apa.
“Sebenarnya saya okay sahaja bila dikaitkan dengan perkara itu, saya tak baca dan balas komen netizen di media sosial sebab itu bukan Amara,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada masa sama, Eira turut memaklumkan bahawa dia sendiri ada bertanya kepada anaknya mengenai isu tersebut.
Bagaimanapun, jelas Eira perkara tersebut seperti tidak masuk akal kerana anaknya juga mempunyai tona kulit yang sama.
“Dalam gossip tersebut mengatakan pembuli mengejek warna kulit mangsa sedangkan anak saya kata warna kulit dia pun gelap. Anak kata kenapa dia nak ejek orang itu.
“Saya ada tanya kepada anak saya, sama ada dia tahu orang bercakap mengenainya. Dakwaan tersebut anaknya sampai mahu mengasari mangsa,” ujarnya.
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Siti meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah yang didakwa dilakukan oleh anak kepada seorang penyampai radio terkenal.
Menurut Siti, kejadian tersebut dipercayai bermulai sejak Julai tahun lalu dan semakin serius sehingga menjejaskan kesihatan mental dan emosi anaknya.
Siti memaklumkan ibu kepada pelakon yang juga isteri kepada penyampai radio terkenal akhirnya tampil memohon maaf.
Namun menurut Siti, permohonan maaf itu tidak dibuat secara bersemuka sebaliknya disampaikan melalui pihak sekolah selepas dia mengemukakan bahan bukti berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan, lima pelajar yang terbabit dalam kes buli itu termasuk anak penyampai radio berkenaan hanya dikenakan tindakan amaran oleh pihak sekolah.