Skip to main content

Hiburan

Izam Eye Reda Anak Bongsu Meninggal Dunia -“Arwah Keluar Nak Jumpa Abangnya…”

Izam Eye

Sekilas

  • Vokalis kumpulan Eye, Izam, berkongsi berita sedih kehilangan anak bongsunya, Muhammad Umar Al Faroq, 17, yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.
  • Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ketika Umar keluar seorang diri untuk bertemu abangnya dan minum, namun terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.
  • Izam menerima pemergian anaknya dengan reda dan berdoa agar roh Umar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Vokalis kumpulan Eye, Izam, berkongsi khabar duk kehilangan anak bongsunya, Muhammad Umar Al Faroq, 17, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Izam, atau nama sebenar, Mohd Izam Mohd Arshad, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Allahyarham Umar keluar menunggang motosikal untuk bertemu abangnya.

Advertisement

"Arwah keluar seorang diri hendak jumpa abangnya dan pergi minum. Saya berada di rumah ketika itu.

“Lebih kurang jam 12 tengah malam (Isnin), saya dapat panggilan daripada anak yang beritahu Umar terbabit dalam kemalangan.

"Ketika itu, Umar dikatakan masih bernyawa. Namun, apabila saya tiba di lokasi, tangan dia sudah sejuk dan tidak lagi memberi sebarang tindak balas.

“Petugas ambulans kemudian mengesahkan arwah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya seperti dilapor BH Online.

Bagaimanapun, Izam tidak memperincikan punca kemalangan atau apa yang berlaku ketika nahas itu.

Izam mengakui sukar menerima pemergian anak bongsunya itu kerana semuanya berlaku terlalu pantas.

"Saya masih tidak percaya. Semalam dia sempat buat aiskrim dengan emaknya. Saya juga sempat bertanya sama ada dia ada duit atau tidak. Itulah kali terakhir kami berkomunikasi.

"Saya sedih kerana semuanya berlaku terlalu cepat. Saya sangka saya yang sakit ini akan pergi dahulu, rupanya dia yang mendahului saya. Itu yang paling menyentuh hati saya," katanya.

Bagaimanapun, Izam reda dengan ketentuan Ilahi dan percaya ajal maut adalah ketetapan Allah SWT.

"Orang kata ajal maut di tangan Allah. Tidak akan cepat atau lambat walau sesaat. Saya hanya berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan roh anak saya dalam kalangan orang beriman," katanya.

Terdahulu, Izam berkongsi berita pemergian anaknya menerusi hantaran di Facebook (FB).

"Doakan anak lelaki bongsu saya, Muhammad Umar Al Faroq, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya tengah malam tadi dan meninggal dunia. Kini jenazah berada di Hospital Serdang,” maklumnya.

Sumber: BH Online

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement