Skip to main content

Hollywood

James Franco Dakwa Makhluk Asing Datang Rumah: “Orang Fikir Saya Sudah Gila”

James Franco Dakwa Makhluk Asing Datang Rumah: “Orang Fikir Saya Sudah Gila”

Sekilas

  • James Franco memuat naik beberapa video di TikTok mendakwa mempunyai rakaman makhluk asing di kawasan kediamannya.
  • Rakaman hitam putih menunjukkan kelibat menyerupai manusia dengan wajah seperti makhluk asing yang mengintai ke dalam rumahnya.
  • Franco berjanji akan mendedahkan lebih banyak bukti, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan dan netizen tertanya-tanya sama ada ini projek promosi atau hiburan semata-mata.
Advertisement

Pelakon dan pengarah terkenal Hollywood, James Franco, menjadi buah mulut sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila tampil dengan dakwaan pelik mengenai kewujudan makhluk asing.

Menerusi akaun TikTok JamesFranco2319 yang mula dibuka pada Jun lalu dan kini menghampiri 1 juta pengikut, Franco memuat naik beberapa video penuh misteri dengan mendakwa dia memiliki rakaman seekor makhluk asing berada di kawasan kediamannya.

Advertisement

Dalam salah satu video yang dimuat naik pada 25 Jun lalu, Franco dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan dakwaannya.

"Mereka nak saya berhenti. Orang fikir saya sudah gila. Tapi saya tidak gila. Saya benar-benar nampak sesuatu," katanya seperti dilaporkan People.

Menerusi beberapa lagi rakaman video yang memperlihatkan Franco mengenakan baju-T biru, dia berjanji akan mendedahkan bukti rakaman tersebut pada 13 Julai lalu.

Advertisement

Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Franco akhirnya memuat naik satu lagi video di TikTok yang memaparkan skrin komputer ribanya kepada kamera.

Rakaman hitam putih yang dipercayai diambil daripada kamera keselamatan itu menunjukkan kelibat menyerupai manusia, namun memiliki wajah seakan-akan makhluk asing. Susuk tersebut dilihat berdiri berhampiran sebatang pokok sebelum membuka pintu dan mengintai ke dalam tingkap rumah.

"Saya tidak boleh terus berdiam diri. Saya perlu dedahkan perkara ini kerana ada pihak yang cuba menghalang saya," katanya lagi.

Video tersebut turut disertakan kapsyen yang menimbulkan lebih banyak persoalan.

"Banyak lagi rakaman akan didedahkan tidak lama lagi! Keadaan akan jadi lebih gila!!!”, dakwanya.

Sehingga kini, wakil Franco masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada video tersebut benar-benar serius.

Malah sebahagian netizen berpendapat ia merupakan sebahagian daripada projek promosi atau sekadar kandungan hiburan, sekali gus membuatkan ramai terus tertanya-tanya apakah yang sebenarnya sedang berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement