Skip to main content

Hiburan

“Jangan Panggil Saya Baby Pian Lagi…” - Sufian Suhami Bakal Jadi Bapa, Isteri Kini Hitung Hari Untuk Bersalin Anak Pertama

Astro Gempak 378

Sekilas

  • Sufian Suhaimi mengumumkan isterinya, Rania Al Sadat, kini hamil hampir 37 minggu dan bakal melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi.
  • Sufian sudah membuat persiapan barang bayi dan menghadiri kelas antenatal, namun masih berdebar dari segi emosi dan mental.
  • Pasangan ini memilih untuk merahsiakan jantina bayi dan sudah ada beberapa cadangan nama untuk anak mereka.
Advertisement

Hampir setahun mendirikan rumah tahun, penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Rania Al Sadat kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Sufian berkata isterinya akan melahirkan zuriat pertama mereka dalam masa terdekat memandangkan kandungan hampir mencecah 37 minggu.

Advertisement

“Yes, betul. Saya bakal menjadi seorang bapa. Lepas ni, jangan panggil saya Baby Pian lagi… Dah tak lama dah. Sebenarnya kami tengah menunggu masa saja,” kongsinya kepada Gempak.

Sufian berkongsi berita gembira itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rusa yang diadakan di Courtyard By Marriot Kuala Lumpur South, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sudah membuat persiapan dari segi barang bayi, penyanyi lagu Di Matamu ini juga mengakui berasa berdebar dan dalam masa sama teruja untuk menyambut kehadiran anak pertamanya.

“Dari segi persediaan barang-barang memang dah siap. Tapi persediaan emosi dan mental tu masih lagi berdebar. Sebab bila tanya kawan-kawan pun, tak ada yang 100 peratus bersedia bila nak dapat anak pertama.

“Jadi saya, rasa saya pun dalam situasi yang sama. Tapi secara keseluruhan, memang sangat teruja. Saya ada pergi kelas antenatal. Kalau di TikTok pun banyak tip untuk ibu bapa,” ujarnya.

Mahu merahsiakan jantina bayinya, Sufian bagiamanapun sudah mempunyai beberapa cadangan nama.

Untuk rekod, Sufian mendirikan rumah tangga dengan Rania pada 2 Mei tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement