Pesohor Hong Kong, Aaron Kwok mengumumkan menimang anak selepas isteri kesayangan, Moka Fang selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Kwok memberitahu dikurniai anak ketiga jantina perempuan pada usia 59 tahun.
“Puteri kecil kami akhirnya hadir ke dalam keluarga. Ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Terima kasih semua.
Advertisement
“Keluarga kami kini memiliki tiga orang permata yang cukup bersinar,” tulis Kwok bersama foto yang dikongsikan seperti dilaporkan CNA.
Pengumuman yang dibuat menerusi perkongsian di media sosial beberapa hari lalu itu disambut dengan banyak ucapan doa dan tahniah dalam kalangan peminat.
Beberapa bulan sebelum menimang cahaya mata baharu, Kwok sempat dikhabarkan menjangka calon anak ketiganya seorang lelaki.
Bintang filem itu malah dilaporkan memberi bonus dan telah menyediakan ‘hadiah’ istimewa buat calon anak lelakinya dengan memberikan koleksi kenderaan mewah untuknya.
Namun selepas mendapat seorang lagi anak perempuan, penyanyi itu memberitahu tidak kisah tentang jantina keluarga baharunya.
“Tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Setiap anak adalah anugerah terindah yang diberikan kepada saya.
“Saya adalah lelaki bertuah yang memiliki empat puteri dalam hidup saya,” tulisnya lagi.